Bila kita dengar cerita-cerita lama macam Cinderella atau Bawang Merah, Bawang Putih ni kita memang tertanya-tanya betul ke ibu tiri, ibu angkat yang tak ada pertalian darah ni kejam? Tapi kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang kan?
Baru-baru ini, pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya telah kongsikan kisah sedih mengenai seorang individu yang menceritakan penderitaannya sepanjang dia menjadi anak angkat.
Dipukul sejak kecil
Menurut individu malang ini, dia telah diambil sebagai anak angkat selepas ibu angkatnya itu tak boleh mengandung.
Sejak kecil dia telah dipukul dengan teruk oleh ibu angkatnya ini hanya kerana bertanya atau tersalah buat sesuatu.
“Dipanggil b*bi dan anak haram”
Tak cukup dengan itu, individu ini juga sering diherdik dan dihina dengan kata-kata kesat oleh ibu angkatnya itu.
Selain itu, dia juga telah dipaksa untuk membuat pinjaman bagi membeli sebuah rumah sebagai balasan wanita kejam itu telah membelanya sejak dari kecil. Allahu…
When i grow up kan. Memang dipanggil b*bi, saya ni anak haram dan mak selalu cakap saya ni menyusahkan dan minta saya mati.
Dia paksa saya buat loan untuk belikan dia sebiji rumah sebagai ganti rugi membela saya.”
Individu ini juga turut mengatakan rasa terkilan kerana diperlakukan sebegini dari kecil selepas ditinggalkan ibu kandung.
Ibu kandung tak ada untuk membela saya dari kecil hingga hari ini. Ibu kandung begitu, emak angkat pula begitu. Semoga tuhan mengampunkan segala kepedihan saya yang tak terungkap.”
“Lari jauh jauh”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa individu ini. Selain itu, dorang juga nasihatkan supaya individu ini tidak mengikut cakap ibu angkatnya ini bagi mengambil pinjaman membeli rumah dan meminta agar dia lari dan tinggalkan keluarga angkatnya.
Sebak betul baca perkongsian ni. Mungkin tak mudah untuk dia tinggalkan keluarga yang dia kenal dari kecil walaupun terseksa. Admin doakan agar dia dapat kekuatan untuk tinggalkan ibu angkatnya itu dan dapat kebahagiaan lain. Aminnn
Baca: Mizz Nina & Noh Hujan Dah 3 Bulan Ambil Anak Angkat, Anggap Musa Anugerah Terindah