in

“Saya mohon hentikan penyebaran, ini aib keluarga saya” – Isteri Lelaki Viral Di Klinik Kesihatan

klinik kesihatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang sebelum ini tular selepas menyerbu suaminya di sebuah klinik kesihatan kini merayu agar orang ramai menghentikan penyebaran video tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram, wanita itu juga memohon maaf kerana terlalu mengikut emosi sehingga membuka aib rumah tangganya kepada umum.


“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya kerana berkongsi sesuatu yang sepatutnya menjadi urusan peribadi keluarga.

“Saya akui tindakan saya dipengaruhi emosi dan perasaan marah yang sukar saya kawal pada waktu tersebut,” katanya.

Artikel berkaitan: Ibu Luah Rasa Terkilan Dengan Klinik Kesihatan, Anak Meninggal Lepas 21 Kali Cirit-birit

Artikel berkaitan: Penerima STR Kini Layak Terima Rawatan Percuma Di Klinik Swasta Terpilih

Klinik Kesihatan
Tangkap layar hantaran isteri kepada lelaki dalam video tular di Klinik Kesihatan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut meminta jasa baik orang ramai agar menghentikan penyebaran video terbabit.

“Hal ini bukan sahaja melibatkan aib diri saya dan pasangan, malah memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga besar kami.

“Saya kini sedang berusaha menyelesaikan perkara ini melalui saluran yang betul dan amat berharap agar orang ramai menghormati ruang peribadi saya, memberi sokongan serta mendoakan agar urusan saya dipermudahkan,” tulisnya.

Sebelum ini, rakaman di TikTok menjadi tular apabila wanita berkenaan bertindak menyerbu suaminya yang didakwa bersama seorang wanita lain di sebuah klinik kesihatan.

Situasi menjadi tegang apabila si suami dilihat cuba memeluk wanita terbabit sebelum disergah isterinya.

Lebih mengejutkan, lelaki itu malah cuba mempertahankan wanita tersebut di penghujung rakaman, sekali gus mencetuskan kemarahan netizen.

Sumber: IG iffahmzzln_

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.