in

“Saya mohon bedah siasat kedua segera” – Ibu Pelatih PALAPES Mahu Kubur Anak Digali Semula

ft ibu pelatih PALAPES

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22 yang meninggal dunia ketika menjalani latihan menggesa agar bedah siasat kedua dijalankan dan bersedia kubur anaknya digali semula bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Kata Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, permohonan itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membolehkan siasatan yang telus dilaksanakan tanpa melindungi mana-mana pihak.


Artikel berkaitan : “Saya syak anak saya dibel*sah”- Ibu Tak Percaya Dakwaan Pelatih PALAPES Meninggal Dunia Akibat Sawan

Artikel berkaitan : Strok Haba Dengan Kegagalan Pelbagai Organ Punca Kematian Kadet Palapes UiTM

Tak dibenarkan buka selimut yang menutupi jasad anak

Kata Ummu Haiman, beliau yakin bahawa kematian anaknya itu bukanlah disebabkan sawan seperti mana yang didakwa oleh pihak pengajian kerana terdapat kecederaan yang teruk serta pendarahan pada tubuh badan.

“Saya mohon bedah siasat kedua dilaksanakan segera dan siasatan telus dibuat tanpa melindungi sesiapa. Saya juga mahu wakil peguam keluarga dilantik sebagai ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes ini.”

SIASAT PALAPES

Tambahnya, terdapat kecederaan lain sepeti lebam di mata, pendarahan luar biasa melalui hidung dan mata, luka di mulut serta pendarahan yang teruk di leher yang ditutup dengan kapas tebal.

Bahkan, Ummu turut menegaskan yang beliau dan adiknya tidak dibenarkan untuk membuka selimut yang menutupi jasad anaknya serta dilarang untuk mengambil gambar.

“Gambar yang sempat diambil jelas menunjukkan kecederaan itu bukan akibat sawan seperti dimaklumkan pihak PALAPES dan perkara itu turut dibincangkan bersama adiknya yang juga seorang doktor.”

Katanya lagi, beliau hanya dibenarkan untuk melihat jasad anaknya dari satu sudut sahaja dan tidak dibenarkan memusingkan badan mangsa untuk memeriksa keseluruhan tubuh.

“Kecederaan itu menyebabkan saya percaya dan yakin ada unsur jenayah membabitkan kematian anak saya.”

Screenshot 2025 08 04 161101

Sementara itu, Ummu juga mengesahkan bahawa pihak peguam yang mewakilinya, Datuk Naran Singh, sebelum ini sudah menghantar permohonan inkues kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kematian anaknya.

“Permohonan itu (bedah siasat kali kedua) dibuat bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.”

Sebelum ini, Ummu telah menuntut siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya semasa menjalani latihan PALAPES UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor, dengan sebab kematian belum jelas.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap jenazah anaknya ketika menjalani bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor, terdapat kecederaan teruk pada tubuh dan ia disifatkan tidak selaras dengan maklumat awal bahawa anaknya terkena serangan sawan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.