in

“Saya minta maaf” – Bos Syarikat Dikecam Pecat 900 Pekerja Menerusi Zoom

Ceo Pecat Pekerja Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat hari ini tampil memohon maaf selepas menerima kecaman hebat gara-gara videonya memecat 900 orang pekerja tular di media sosial.

Vishal Garg, pengasas sebuah syarikat pajakan secara online menjadi bualan ramai apabila beliau secara bersahaja memecat 15% pekerjanya iaitu seramai 900 orang menerusi panggilan video Zoom.


Menerusi video yang dikongsikan salah seorang bekas pekerja di syarikat tersebut, sambil menjelaskan situasi semasa syarikat yang sudah berubah selain keadaan pasaran yang semakin hari semakin merudum, dia terpaksa membuat keputusan tersebut dengan hati yang berat.

Ceo Pecat 900 Pekerja

“Sekiranya kamu berada dalam panggilan ini, kamu semua dipecat berkuatkuasa serta merta” 

Pemecatan pekerja secara beramai-ramai tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai selain ianya dilakukan beberapa minggu sebelum mereka menyambut perayaan Krismas dan dikatakan, kesemua pekerja ini dipecat kerana ‘tidak produktif’ kerana hanya bekerja selama 2 jam sehari.

https://www.facebook.com/robert.bornshin/videos/435540274616576

Baru-baru ini, ‘bos’ syarikat berkenaan difahamkan telah memohon maaf dan notis pemohonan maaf bertarikh 7 Disember tersebut turut dimuatnaik di laman web rasmi syarikat berkenaan.

Screenshot 10

Menerusi panggilan video ‘pemecatan’ tersebut, ketua pegawai eksekutif berkenaan dengan nada kecewa terpaksa melepaskan pekerjanya. Namun, difahamkan ini bukanlah kali pertama Vishal menerima kecaman orang ramai kerana dia turut terpalit dengan sebuah kontroversi sekitar tahun lalu.

Menurut sebuah e-mel yang dikirimkan ke salah seorang pekerjanya, dia melabelkan pekerja tersebut sebagai seekor ikan lumba-lumba yang bodoh dan lembab. Tambahnya lagi, ikan yang bodoh dan berenang perlahan ini sering menjadi makanan kepada ikan jerung.

Fuh, sakitnya bila kena pecat melalui zoom je….

Baca : Notis Larangan Cas Telefon Bimbit Di Pejabat, Bos Dakwa Perbuatan Itu Ibarat Mencuri

1Cas

Sumber: Facebook
Sumber: Better

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.