in

“Saya memang ada belajar tapi…” – Zahnita Nafi Tuduhan Muay Thai-kan Suami

zahnita nafi muay thai suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, heboh tentang satu pendedahan daripada sebuah portal, suami kepada Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery mendakwa dialah yang sebenarnya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dalam laporan itu, Zackery mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.


Artikel berkaitan: “Dia cuba untuk Muay Thai kan saya” – Suami Dakwa Zahnita Yang ‘Mengganas’?

Zahnita nafi pukul suami

Bagaimanapun, Zahnita menafikan tuduhan memukul suaminya sehingga menjadi mangsa kegasanan rumah tangga sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka.

Namun, pelakon dan model itu mengakui dirinya pernah mempelajari sukan muay thai tetapi untuk mempertahankan diri jika berlaku sebarang insiden tidak diingini berlaku terhadap dirinya.

“Saya menafikan segala tuduhan tersebut, saya tak pernah pukul dia (suami).

“Ya, saya memang belajar muay thai secara profesional sejak 2016, tetapi hanya untuk tujuan mempertahankan diri.

“Saya akan menghadiri sesi latihan muay thai tidak lama lagi. Ada yang mahu turut serta atau sesi ‘one-on-one’?” ujar Zahnita.

gy

Zahnita dakwa anak telah dimanipulasi

Sementara itu, anak sulung kepada pasangan tersebut, Zahrafeena mendakwa bahawa apa yang dilakukan ibunya sudah dirancang dari awal.

Dia yang berusia 18 tahun itu mendakwa gambar mata lebam yang dikongsi Zahnita di Instagram adalah foto lama.

Malah, dia turut mengakui lebih selesa menetap bersama bapanya selepas ibunya bertindak keluar dari rumah mereka dan berpindah ke tempat lain.

Pendedahan itu juga turut meraih perhatian ramai sehingga netizen meninggalkan komen di Instagram Zahnita mengenai perkara tersebut.

Pun begitu, Zahnita mendakwa anaknya mungkin telah dimanipulasi dan tidak mahu melihat bapanya di penjara.

IMG 1373

Difahamkan, Zackery sedia untuk menceraikan Zahnita namun meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi isterinya sebelum melafazkan talak.

Terdahulu, Zackery ditahan bagi membantu siasatan susulan Zahnita mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.