in

“Saya masih sygkan isteri dan ingin hidup bersamanya” – Lafaz Cerai PU Abu Dan ‘Bekas Isteri’ Tak Sah!

Featured 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah jelas bahawa kamu sebagai suami perlu menjaga isteri dan anak dalam kandungannya.Jangan lepas tangan dan semua hal seharusnya diselesaikan dengan baik”

Hari ini Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan bahawa lafaz talak yang dilakukan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah.


 

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya”

Memetik Harian Metro, keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar selepas PU Abu membuat pengakuan bersumpah yang dia tidak berniat menceraikan isterinya melalui Whatsapp berkenaan pada bulan lalu.

2 8
Sumber : harian metro

PU Abu juga memaklumkan yang dia tidak berniat bercerai dengan isterinya itu secara total selain katanya faktor keadaan memaksanya berbuat demikian.

“Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini.

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya,”

Pada sidang yang sama, Ain ‘Afini memberitahu bahawa mereka bernikah hujung Ogos tahun lalu sebelum berselisih faham dan bercerai talak satu pada 28 Januari tahun ini dan kembali rujuk semula sebulan selepas.

Namun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi terima lafaz cerai melalui WhatsApp daripada PU Abu yang meninggalkannya di rumah selama seminggu.

“Saya turut menerima mesej daripada dia yang meminta supaya memudahkan semuanya dan mengisi borang perceraian,”

Huh

Mohd Nurulazhar dalam prosiding tersebut turut meminta pasangan tersebut untuk mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas dia mendapati yang lafaz berkenaan sah.

Sebelum itu PU Abu ada memohon kepada mahkamah supaya tidak membenarkan orang awam dan media mendengar kes perbicaraan berkenaan atas alasan isu sensitif dan mengaibkan, namun permohonan itu ditolak.

Doakan yang baik-baik guys.

Baca : Berhenti kecam saya Mengaku Bernikah Dengan Hana Azraa di Thailand, Instagram PU Abu Kena Hacked?

6 5

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.