in

“Saya lega dapat membantu tapi…” – Niat Baik Nak Tolong Mangsa Kemalangan, Tiba-tiba Nurse Dituduh Langgar Mangsa Pulak??

Manusia Tuduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin sebenarnya sangat berbangga dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang bersikap baik hati. Kalau ada nampak orang dalam kesusahan di tepi jalan, mesti ada yang nak bantu.

Tapi setiap kebaikan ada batasnya. Macam mana kalau lepas kita dah tolong, tapi tup-tup kita pulak dipersalahkan kononnya yang menjadi punca kemalangan berlaku. Inilah yang terjadi kepada seorang jururawat baru-baru ni.


 

“Alhamdulillah Allah SWT bukakan hati untuk menolong atas dasar niat yang ikhlas” 

Menerusi perkongsian seorang ‘misi’ di Facebook, baru-baru ni telah berlaku satu kemalangan di depan matanya dan atas izin Allah dia telah membantu mangsa tersebut yang cedera akibat jatuh motosikal.

Mujurlah netizen bernama Isra ni nurse, pantaslah kerja merawat tu dilakukan oleh rakan sejawatnya apabila di klinik berdekatan.

Nurse 1
sumber: facebook

 

“Lega kerana dapat membantu tetapi bertukar jadi kecewa disebabkan saya yang dituduh MELANGGAR MANGSA” 

Ingatkan semuanya dah selesailah kerana Isra pun dah bantu mangsa dan mangsa pulak dalam keadaan baik lepas dihantar ke hospital. Tiba-tiba tak ada angin, tak ada ribut, Isra pulak dituduh telah melanggar mangsa. Aik apa kes ni?

Nurse 2
sumber: facebook

56508688 2384011598300416 8390321253864439808 N

56578198 2384011578300418 7582833811277217792 N
sumber: facebook

 

“Seperti melepaskan anjing tersepit ke camne ni dik??” 

Rata-rata netizen terkejut dengan kisah menimpa Isra dan kebanyakannya menganggap apa yang berlaku kepada nurse ini seperti peribahasa ‘bagai melepaskan anjing tersepit’. Sudah dibantu, tapi tak pasal-pasal pulak kita dipersalahkan! Aduuuhai! 

Allah Tahu
sumber: facebook

Apa-apapun admin harap kita dengarlah cerita dari dua belah pihak. Kalau benar nurse ni tak bersalah, tak baik betul mangsa tuduh-tuduh dia buat macam tu. Sudahlah orang dah tolong, ada ke pulak dia salahkan orang yang dah bantu dia tu. 

Baca: “Saya bukan doktor atau jururawat” – Wanita Dipuji Kerana Bantu Selamatkan Bayi 6 Bulan Kemalangan

Doc Ju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.