in

“Saya jaga mak malam tadi sampai mak tidur” – Anak Umur 8 Tahun Tolong Jaga Ibu Sakit Sampai ‘Tidur’ Selama-lamanya

Fi Ppr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian ahli keluarga tu, semestinya perkara paling perit untuk dihadam lebih-lebih lagi jika ia ialah ibu bapa kita sendiri. Seperti itulah kisah yang menimpa seorang anak kecil baru-baru ini, apabila dia sangka ibunya hanya ‘tidur’.



 

Dapat panggilan.. wanita meninggal akibat kanser

Kisah ini dikongsikan oleh seorang Ustaz Muhammad Rafieudin, di mana dia ketika itu tengah sibuk menguruskan jenazah Covid-19. Kemudian dia menerima panggilan daripada seorang gadis yang meminta bantuan untuk menguruskan jenazah ibunya yang meninggal dunia di rumah.

Menurut Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) ni juga, jenazah wanita tersebut berusia 42 tahun dan mempunyai penyakit kanser hati. Wanita berkenaan juga mempunyai 7 orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, 4 orang tinggal bersama lelaki tersebut dan 3 lagi tinggal bersamanya di PPR Kota Damansara.

Ppr 1

 

“Malam tadi jaga mak… mak ‘tidur’ saya tidur”

Apa yang paling meyayat hati, anak bongsu wanita berkenaan berusia 8 tahun menceritakan situasi yang berlaku pada malam kejadian. Dia menceritakan bahawa dia memasuki bilik ibunya untuk menjaga wanita tersebut, ibunya menjerit kesakitan dan terus dia mengurut tangan ibunya.

Lalu, ibunya tiba-tiba muntah darah dan tak lama kemudian wanita itu dah ‘tidur’ menurut anaknya. Disangka ibunya dah terlena, kanak-kanak lelaki itu terus melelapkan matanya juga. Ustaz Rafieudin yang sebak mendengar cerita dari anak kecil tersebut, terus memeluk kanak-kanak yang tengah menangis teresak berkenaan.

Akhirnya, jenazah Allahyarhamah dikafankan di dalam rumahnya, dan difahamkan kawasan perumahan mereka ada banyak kes positif Covid-19.

Ppr 2

 

Bekas suami tak mampu bayar kos 

Seterusnya anak-anak diberi peluang untuk menatap wajah ibunya buat kali terakhir, dan jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Selain itu juga bekas suami Allahyarhamah hadir untuk membantu, namun dia akui yang dia tak mampu nak tampung kos untuk khidmat pengurusan oleh pasukan Ustaz Rafieudin itu. Mujurlah, Ustaz Rafieudin menyatakan semuanya ditanggung oleh pihaknya.

Ppr 3

Tak dapat nak bayangkan, macam mana perasaan anak-anak waktu tu.

 

Baca : “Semoga kuat dik” – Ramai Sebak Lihat Frontliners Cuba Tenangkan Adik Ni Sedih Ibu Meninggal Akibat COVID 19

Foot Ppr

Sumber: Facebook
Sumber: Facebokk
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.