Baru je minggu lepas heboh pasal kecurangan Aliff Aziz kali ke 4 yang akhirnya menyebabkan dia dan Bella Astillah bercerai. Awal minggu ni kecoh pula pelakon filem Paskal, Ammar Alfian juga curang terhadap isterinya, Nelissa Nezam.
Isnin lalu, Nelissa mendedahkan kecurangan Ammar di Instagram namun terus memadam entri tersebut kemudian. Terbaru, aktor berusia 32 tahun itu mengakui berlaku curang terhadap isterinya yang sedang hamil 6 bulan.
Menurut Harian Metro, Ammar melalui Instagram mengaku sudah berkali-kali memohon maaf kepada isteri namun kecewa kerana Nelissa tetap memilih untuk memalukannya dengan mendedahkan hal itu kepada umum di media sosial.
Saya tahu apa saya lakukan adalah salah. Saya sudah pun meminta maaf berkali-kali sebelum ini pada isteri saya. Tapi, ini hukuman yang saya dapat daripada dia. Saya reda dan terima kerana ini semua daripada Allah.”
Dalam bulan Ramadan ini, saya meminta maaf kepada semua. Saya berdosa dan percaya Allah akan memaafkan hambanya yang datang kepada-Nya.”
Ammar juga memberitahu kini fokusnya adalah pada anak lelaki yang bakal dilahirkan dan berharap perkahwinannya dapat diselamatkan. Dia juga mohon orang menghormati privasi rumah tangga dan tidak bertanya lanjut tentang isu ini.
Ini adalah kenyataan saya terakhir mengenai isu ini. Tolong hormati perkahwinan saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwinan saya.”
Isteri saya yang memilih cara penyelesaian seperti ini. Harap dia berpuas hati selepas motif tercapai. Fokus saya adalah pada anak lelaki yang bakal lahir dan tiada perkara lain yang lebih penting. Saya sudah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ini antara saya dan isteri, tetapi dia mahu memalukan saya kepada khalayak ramai.”
Saya takkan ‘main’ permainan dia. Seperti mana saya beritahu sebelum ini, anda semua tidak boleh faham dan tak mahu dengar sebelah pihak saya. Jadi, buat apa saya jelaskan apa-apa. Cukup bagi saya, isteri, ibu bapa dan keluarga mentua yang tahu.”
Sebelum ini, Nelissa turut mendedahkan conversation Whatsapp mereka berdua di instastory untuk membuktikan Ammar benar-benar curang.
Makin ramai pula yang kantoi curang. Apa apa pun lebih elok selesaikan sendiri tanpa membabitkan media sosial dan orang awam.