in

“Saya dipecat adalah ketentuan Allah”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa awal-awal kerajaan bertukar, Tan Sri Apandi Ali enggan meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara walaupun Tun M dengan lantangnya menuduh dia sorok bukti penyelewengan 1MDB.


Apandi menolak dakwaan Tun M dan mengaku yang dia hanya bertindak mengikut undang-undang. Pada 14 Mei yang lalu, Apandi diarahkan bercuti dan tugasannya diambil alih oleh pengganti sementara. Hari ni Tommy Thomas akhirnya telah diperkenan menjadi Peguam Negara yang baru menggantikan Apandi walaupun menerima reaksi bercampur baur dari rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Menurut Malaysiakini, Apandi mengakui bahawa dia reda dipecat dari jawatan tersebut dan menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya dengan baik. Sewaktu dihubungi oleh pihak wartawan melalui aplikasi Whatsapp, Apandi dikatakan menghantar satu gambar yang tertulis kata-kata semangat.

“Semuanya akan berakhir dengan baik. Jika tidak (baik), itu bukan penghujungnya.”

Apabila ditanya tentang pemecatan jawatan ke atasnya, balasan Apandi ternyata menunjukkan yang dia hanya berserah pada yang Maha Esa.

“Apa-apa keputusan pun (pemecatan) saya akan terima dengan reda, sebagai ketentuan dari Allah. Alhamdulillah.”

Sumber: Malaysiakini

Apandi sebelum ini tiba-tiba dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 bagi menggantikan Abdul Gani Patail yang diketepikan atas alasan kesihatan. Ini menyebabkan ramai beranggapan bahawa pelantikannya jelas bertujuan untuk melindungi pembabitan Datuk Seri Najib Razak dalam salah laku 1MDB.

Siapa agaknya akan disoal SPRM tentang kes 1MDB selepas Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ye?

Baca: “Apandi sorok bukti kesalahan 1MDB” – Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.