in

“Saya diberitahu tidak akan ada sesi terbabit” – Intan Dakwa Hanya Diundang Sebagai Jemputan, Tiada Sesi Bermaafan Dalam Melodi Raya

Izreen4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah menjadi isu hangat di Malaysia, nama Izreen Azminda sebelum ini pernah menjadi buah mulut orang ramai ekoran dengan perkahwinannya dengan suami orang pada ketika itu.


Suaminya yang dikenali Ude masa itu masih lagi suami kepada Intan Liana Saleh dan nak dipendekkan cerita mereka berdua (Intan dan Izreen) ada bersua dalam satu program Melodi Raya beberapa minggu lepas.

 

Sekadar jemputan, tidak akan ada sesi bermaafan 

E2Uxp0Zwuaaq0Bj

Dalam program tersebut, dilihat mereka berdua berdamai, namun begitu bekas madu Izreen mendedahkan kepada Harian Metro bahawa dia sebenarnya masih belum bersedia untuk memaafkan Izreen.

Kata Intan lagi, dia yang selama ini membisu meluahkan bahawa dirinya dimaklumkan semasa dipanggil oleh pihak program tersebut untuk mucul bersama Izreen menerusi segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih.

Malah, mereka juga akan duduk pada meja yang sama, namun bukan bersebelahan.

“Ingin dijelaskan sebelum bersetuju saya juga ada bertanya kepada pihak Melodi adakah akan berlaku sesi bermaafan, kerana seandainya ada saya belum bersedia untuk itu. Dan, saya diberitahu tidak akan ada sesi terbabit (bermaafan) dan sekadar datang sebagai jemputan.

“Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman saya adalah sekadar jemputan sahaja dan bukan untuk ditemubual. Tapi, apabila ia berlaku, saya jadi canggung di atas pentas serta di hadapan kamera kerana tidak bersedia,” katanya.

 

Keadaan berubah di lokasi rakaman, tidak bersedia, jadi ‘canggung’ di atas pentas

Sebelum ini, isu mengenai mereka berdua pernah disensasikan di media sosial apabila mereka berdua bersua.

Bagi pemerhatian netizen, Intan dilihat begitu ‘canggung’ yang ketara di wajahnya apabila mereka duduk bersama.

Selepas beberapa minggu, Intan akhirnya buka mulut, katanya keadaan berubah di lokasi rakaman.

“Sebenarnya, keadaan berubah di lokasi rakaman. Saya dimaklumkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, maka set berubah dan saya diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen itu.

“Apapun, perkara ini pada saya sepatutnya tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ia melibatkan hati dan perasaan. Saya pun bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik, dan biarlah masa yang memulihkan segalanya.

“Buat masa sekarang, biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

Intan berkata dia berharap agar penjelasannya itu dapat merungkai segala persoalan yang menjadi buah mulut.

“Tak perlulah lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini pada masa hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

 

Baca : “Memang mahu tutup periuk nasi saya” – Izreen Azminda Pertahan Diri Lepas Dihentam Netizen

Izreen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.