in

“Saya dah serik”- Janji Tak Curang Lagi, Shuk Sahar Terkesan Bila Duit Simpanan Makin Kurang & Tawaran Kerja ‘Hilang’

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes curang yang melibatkan pelawak dan bekas penyampai radio Shuk Sahar ini ternyata bagi kesan yang cukup besar dekat beliau selepas namanya makin hari makin ‘hilang’ dalam industri.


Kontroversi Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang telah curang dengan wanita lain sebelum ini jadi punca terbesar sumber pendapatan utamanya sebagai penyampai radio di Hot FM diberhentikan awal dua tahun mengikut kontrak yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, tawaran kerja yang diterimanya sebelum ini pun sudah ditarik semula.

Capture 18

“Saya jatuh terduduk…boleh dikatakan gaji setahun saya hilang selepas saya diberhentikan daripada stesen radio.”

Menurut mStar, duit simpanan Shuk kini semakin berkurang disebabkan terpaksa habiskan pembayaran untuk ubah suai rumahnya. Dulu dia ingatkan yang duitnya cukup untuk bayar  sebab patutnya kontrak akan tamat pada tahun 2023. Tapi, nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang je.

1020255

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Shuk anggap apa yang terjadi kepada dirinya ini sebagai ‘harga yang perlu dibayar’ lepas apa yang dia buat kepada isterinya itu. Tapi, Shuk masih bersyukur sebab hubungannya kini bersama isteri dan keluargnya bertambah baik dan mereka kembali rapat.

 

Sera isteri yang kuat

Terdahulu, isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossalennah atau lebih mesra dikenali sebagai Sera mendedahkan kecurangan suaminya bersama dengan wanita lain.

Demi nak pujuk kembali isterinya, Shuk buat ‘surprise’ datang rombongan meminang di rumah kediamannya.

Capture 19

Dalam pada itu, Shuk memang ‘salute’ dekat isteri dia sebab tahan dengan pelbagai kecaman dari netizen lepas tercetus kontroversi tentang suaminya itu.

“Jika kena pada batang hidung saya sendiri, saya tak tahu dapat jadi sekuat dia atau tidak.”

800743

Harapnya Shuk ambil pengajaran lepas apa yang terjadi dalam rumah tangga dia. Jangan sampai pisang berbuah dua kali.

 

Sumber: mStar

Baca: “Langgar terma perjanjian” – Kontrak Shuk Sahar Sebagai Penyampai Radio Hot FM Ditamatkan

Capture 17

Sumber: Kosmo
Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: Harian Metro
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.