in

‘Saya dah jumpa leher anak saya’ – Dato’ Fazley Bangga Anak Berjaya Turun 6kg Hanya Dalam Tempoh 40 Hari!

Untitled Design 1 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan ikon selebriti Dato’ Fazley Yaakob yang bukan sahaja hebat berlakon dan menyanyi, beliau turut cemerlang dalam bidang kulinari sehinga memiliki bistro sendiri.


Baru-baru ini, menerusi Instagram miliknya, Dato’ Fazley berkongsi kejayaan anak sulungnya iaitu Fariedz berjaya menurunkan berat badan sehingga 6kg dalam masa 26 hari. Perubahan besar itu berlaku selepas anak sulungnya itu mengikut cabaran “diet ketogenik” selama 40 hari.

Dato’ Fazley yang bangga dengan perubahan mendadak itu berkongsi foto sebelum dan selepas Fariedz mengamalkan diet berkenaan. Menurut Dato’ Fazley, setiap individu yang ingin mencuba diet ketogonik mestilah menghadkan pengambilan karbohidrat dan menggantikn ia dengan protien dan lemak.

Diet ketegonik ini terbukti berkesan selepas anak kedua beliau, Firudz turut melakukan cabaran itu.

saya dah jumpa leher anak saya yang hilang berbulan-bulan lamanya. Tersorok di bawah dagu dia rupa-rupanya”

Netizen turut sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan anak-anak beliau mengurangkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. So kalau korang nak diet, boleh try cara ni tau?

 

Baca: Ramai Terkejut Tengok Adele Dah Kurus Sampai Nampak Tulang Selangka, Rupanya Dia Buat Diet Ekstrem?

1 31 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.