in

“Saya dah give up tunggu” – Syed Saddiq Tuntut Janji Kerajaan Beri Pelajar Gajet Percuma, Ada ‘Parents’ Terdesak Pinjam Ahlong

Ft Saddiqlaptop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui Twitter, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik paparan keratan akhbar Kosmo yang menunjukkan berita tentang permasalahan dilalui ibu bapa yang terdesak memerlukan wang.


Melalui akhbar itu, persatuan pengguna mendakwa ada ibu bapa yang terdesak memerlukan wang untuk membeli gajet buat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak terpaksa menggunakan jalan pintas dengan meminjam daripada ah long.

Berdasarkan posting di Twitter itu, Syed Saddiq menggesa agar kerajaan menunaikan janji seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2021 untuk memberi komputer riba percuma.

Ah Long

Tiada pelajar yang perlu melalui masalah ini. Bantu mereka sebelum terlambat.”

Syed Saddiq turut berkata sebanyak 300 laptop dan 400 tablets telah berjaya diserahkan kepada keluarga yang memerlukan di Muar dan beliau berbuat sedemikian tanpa bantuan dari kerajaan.

Semua diusahakan sendiri tanpa menggunakan dana kerajaan sebab saya dah “give up” menunggu. Saya merayu kepada kerajaan untuk percepatkan pemberian Laptop yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021.”

Lagi lambat, lagi ramai yang tercicir. Kita boleh & kita mesti tolong!”

Laptop

Dakwaan Persatuan Pengguna Kedah (Cake) seperti yang dilaporkan di akhbar Kosmo itu bukanlah hanya khabar angin kerana pihak mereka dilaporkan telah menerima 17 aduan melibatkan pinjaman ah long dan 9 daripadanya adalah ibu bapa yang tidak mampu membeli gajet.

Menurut Malay Mail, pengadu merupakan peniaga kecil dan bekerja sendiri di mana pendapatan mereka sangat terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sekarang.

 

Baca: “Sejak bila COVID jadi POWER waktu malam?” – Syed Saddiq Minta Kerajaan Panjangkan Waktu Operasi Restoran

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.