Pelakon kelahiran Israel, Gal Gadot berharap semua ‘tahanan’ dari negaranya dapat dibebaskan dalam keadaan selamat.
Dalam satu kenyataan menerusi Instagram Story miliknya, kenyataan yang diberikan itu seolah-olah memberi bayangan sebagai respon terhadap pengumuman Pelan Damai Gaza oleh Presiden Trump awal pagi ini.
“Saya bukan warak, tapi…”
Jelas pelakon utama filem adiwira Wonder Woman itu lagi, dengan pembebasan ‘tahanan’ dari Israel itu, persengketaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kedua-dua pihak iaitu Gaza dan Israel dapat ditamatkan.
“Saya bukanlah orang yang warak tetapi selepas tempoh yang penuh dengan kesusahan dan kesakitan, ada harapan untuk cahaya yang lebih hebat. Saya memutuskan untuk menyalakan lilin dan berdoa agar semua tebusan kami pulang dengan selamat.”
“Untuk menamatkan penderitaan kedua-dua belah pihak, berakhirnya peperangan yang amat menyakitkan. Sampaikan cahaya dan harapan kepada semua orang.”
Artikel berkaitan : Komen Di IG Gal Gadot, Raja Ilya Kena ‘Serang’ Dengan Netizen Malaysia?
Artikel berkaitan : “Artis Yahudi pun minat ke?” – Bergambar Dengan Gal Gadot, Zahirah Macwilson Dikecam Netizen
Sekadar info, terkini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberikan respon yang baik mengenai pengumuman perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Semenanjung Gaza.
Tanda sokongan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju dengan fasa pertama pelan damai Gaza yang diusulkan oleh Amerika Syarikat.