Mula melakar nama dalam industri seni tanah air sejak berumur 11 tahun melalui program cilik, Idola Kecil, Afieq Syazwan kini bukan lagi kanak-kanak setelah berjaya membawakan watak utama dalam drama bersiri di TV3!
Afieq telah pun diberi tanggungjawab untuk memegang watak utama sebagai Hairi dalam drama bersiri Diari Seorang Suami yang mula ditayangkan di TV3 pada 12 November lalu. Digandingkan bersama pelakon yang kini juga sedang meningkat naik, Yuna Rahim, Afieq menganggap ia merupakan satu cabaran yang berat buatnya. Namun, dia tetap beranikan diri untuk keluar daripada kepompong watak-watak yang selalu diterimanya.
“Sejujurnya saya tidak berani sangat untuk ambil cabaran. Jadi apabila saya dapat skrip drama Diari Seorang Suami, saya rasa tak percaya kerana akan melakonkan watak seorang remaja berkahwin muda. Itu memang cabaran berat untuk saya,”- jelas Afieq
Walaupun mendapat pelbagai kritikan daripada penonton yang mengatakan wajahnya tidak komersial dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai watak utama, namun keberanian Afieq dalam memikul watak yang agak berat itu seharusnya dipuji.
Katanya, mungkin para penonton kurang faham akan konsep dan mesej yang cuba disampaikan melalui drama tersebut. Diari Seorang Suami berkisarkan tentang sepasang remaja yang membuat keputusan untuk berkahwin pada usia muda.
Walau bagaimanapun, keberanian Afieq dalam memegang watak seorang remaja yang berkahwin di awal usia tersebut wajar diberi pujian kerana watak tersebut sebenarnya amat dekat dengan realiti yang kita hadapi pada masa kini.
Baca: Nynaa Harizal Nafi Kena Culik, Buat Permohonan Cerai Terhadap Suami