in

Nynaa Harizal Nafi Kena Culik, Buat Permohonan Cerai Terhadap Suami

16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kita digemparkan dengan kontroversi berkenaan Nynaa Hafizal, pelakon drama Kekasih Paksa Rela yang dikatakan diculik oleh ibu bapanya ketika membuat penggambaran di Shah Alam menggunakan senjata api.


Lebih menghangatkan lagi keadaan, suami kepada pelakon baru itu baru-baru ini telah menfailkan tuntutan mahkamah syariah untuk meminta isterinya kembali taat dalam tempoh tujuh hari.

1271996

Menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya orang ramai, Nynaa tampil untuk menafikan dakwaan dia diculik oleh ibu bapanya. Malah, dia dikatakan berada dalam keadaan yang baik dan selamat di sisi orang tuanya sejak 2 November lepas.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pelakon itu sendiri selepas menghadiri sebutan bagi permohonan cerai secara baik terhadap suaminya, Fahmy Ilyas di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru hari ini.

Buat pengetahuan, permohonan penceraian dengan talak atau dengan perintah lazim dirujuk sebagai Penceraian Cara Baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Satu salinan saman tersebut juga telah diserahkan kepada pihak suami pada keesokan harinya iaitu pada 11 November. Hari ini adalah sebutan bagi permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru. Suami saya tidak hadir sebaliknya hanya diwakili pihak peguam,”

Menurut sumber, pihaknya enggan memberi butiran yang lebih lanjut berkenaan punca permohonan cerai itu dilakukan kerana bersifat peribadi dan kes itu masih dalam proses mahkamah.

Melalui tuntutan tersebut, Nynaa turut berharap agar suaminya dapat melepaskannya dari perkahwinan itu dengan cara yang baik tanpa perlu merumitkan keadaan dengan proses perundangan lanjut.

Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan perkara ini telah dinyatakan melalui perbualan telefon pada 12 November lalu.”

Menutup kenyataan medianya, Nynaa meminta doa dari semua pihak agar dia diberikan kekuatan menghadapi situasi ini.

Sumber: Kosmo

Baca: Dakwa Keluarga Mertua Culik Isteri, Suami Fail Tuntutan Minta Nyna Harizal Kembali Taat Dalam Masa 7 Hari

13 2

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.