in

“Saya Berasa Sangat Menyesal Kerana Meninggikan Suara Kepada Ayah”

Dad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin meningkat dewasa, kita terkadang mengabaikan ibu bapa tanpa kita sedari. Walhal mereka tidak pernah lupa akan kita walau sedetik sejak kita dilahirkan sehingga dewasa, dan mereka takkan lupa atau abaikan anak-anak selagi hayat masih ada.

Kekangan waktu kerana sibuk belajar dan bekerja membuatkan kita terlupa untuk meluangkan masa bersama mereka. Kadang kala disebabkan kebaikan mereka, kita mengambil kesempatan walaupun kita sedari akan hal tersebut.


South Park Sad Worried Parents Mr. Cotswolds

James Xiong, 22 tahun kongsi satu kisah yang dilaluinya di mana ia telah membuka matanya tentang perkara ini. James membuat keputusan untuk berkongsi kepada orang ramai tentang kisah tersebut di Facebook dan ia telah mendapat lebih 50ribu likes serta 18ribu shares.

Status beliau:

*diterjemahkan dari bahasa Inggeris*

 

“Ketika saya sedang menuju ke bilik saya untuk menyelesaikan kerja rumah sebelum waktu tengah malam, ayah saya meninggikan suaranya sedikit dan berkata, “James, mari sini.” Kerana menganggap saya telah melakukan kesalahan, saya meninggikan suara dengan nada marah dan menjawab, “Apa!”

“Saya berpatah balik dan ketika sampai di bahagian dapur, saya lihat ayah saya sedang berdiri memegang ikan bakar dan dua pinggan nasi yang sudah tersedia di atas meja”

Ayahnya yang berusia 56 tahun itu menjemput James untuk menikmati ikan yang sudah dimasak tersebut.

“Mari makan bersama ayah. Ayah ada bakar ikan, memang sedap. Makan, makan”

James terus berasa sangat menyesal kerana meninggikan suara kepada ayahnya sebentar tadi.

“Jantung saya seperti berhenti seketika, saya berjalan menuju ke meja makan dan duduk di sebelah ayah saya yang kelihatan gembira itu. Saya berasa sangat bodoh dengan tindakan yang tidak patut saya lakukan itu.”

 “Cuba lah, memang betul-betul sedap! Ayah yang bakar ikan ni”

Dad1
sumber: facebook / james xiong

Memang satu kesedaran yang menyentuh hati dan perasaan bagi seorang lelaki muda seperti James.

“Saya berasa sangat sukar untuk mengunyah dan menelan makanan, walaupun dihidang ikan bakar yang sedap itu sambil melihat senyuman ayah saya disebalik kedutan di pipinya.

[sociallocker id=1666]

Memang saya tidak dapat mengangkat muka dan bertentangan dengan ayah saya, membuatkan saya tiba-tiba teringat tentang kisah 11 tahun lalu, kami berdua duduk di meja yang sama, makan ikan yang dipancing dan dibakar olehnya. Apa yang membezakan cuma umurnya yang muda dan keadaan fizikalnya yang lebih kuat berbanding sekarang.”

“Saya sibuk dengan sekolah, kerja dan kehidupan saya sehingga saya terlupa tentang ayah sehinggalah saat saya sedang menikmati makanan bersamanya ketika itu. Masa silih berganti, pelbagai cabaran dan liku kehidupan telah ayah lalui, tetapi dia tidak pernah lupa untuk menjemput anaknya yang kurang adab ini makan bersamanya di meja.”

“Satu detik yang sangat emosi dan sunyi sehinggalah air mata saya berjujuran. Saya bangun dari meja dan pergi dari situ untuk menstabilkan emosi. Saya minta maaf papa, kasih sayang itu memang sangat simple, untuk kita, ianya hanya sepinggan nasi dan ikan bakar.

[/sociallocker]

Sumber: Facebook / James Xiong
Sumber: facebook / james xiong

Selepas menyedari bagaimana dia mengabaikan ayahnya dek kerana jadual hariannya yang sibuk, James berkata dia tidak mahu orang lain juga melakukan perkara yang sama kepada ibu bapa mereka,

“Sayangilah ibu bapa anda kerana mereka tidak menjadi semakin muda atau segar seperti bunga yang baru tumbuh. Berilah mereka kasih sayang secukupnya, kerana mereka tidak mampu untuk selamanya berharap akan disayangi oleh anda. Mereka semakin tua dalam sekelip mata sahaja.”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.