Bagi wanita yang sudah berkahwin, ia menjadi satu impian besar untuk mereka mengandung dan melahirkan anak yang sihat dan cukup sifat. Oleh sebab itulah, bakal ibu ni sentiasa dinasihatkan untuk jaga kesihatan dan ambil makanan yang sihat.
Pun begitu, korang tahu tak yang mana-mana wanita sudah berkahwin sebenarnya WAJIB atau digalakkan mengambil folic acid sebaik-baiknya 3 bulan sebelum kahwin atau mengandung?
Kalau tak ambil apa jadi? Haa jangan terkejut, baca penjelasannya kat bawah ni.
“Awak sekarang ni dah mengandung. Usia kandungan dah mencecah 7 minggu. Ada ambik folic acid sebelum ni tak?”
Kalau jawapan korang dari soalan kat atas tu tidak, nampaknya anda sedang melakukan satu kesalahan besar. Menurut posting Ameer Firdaus di Twitter, umumnya semua doktor akan recommend folic acid ni kepada para ibu yang telah berkahwin ataupun di dalam childbearing age (boleh hamil).
Ia dikatakan sangat penting untuk proses pembesaran janin kerana dalam badan kita vitamin ni tak cukup untuk diberikan kepada bayi.
“Kenapa kena ambil at least 2-3 bulan before kahwin? Sebab badan kita perlukan sekurang-kurangnya 1 bulan untuk capai max level of folic acid”
“Maka kalau tak cukup folic acid, apa berlaku? Memang ada kecacatan ke?”
“Korang yang tengah buat family planning, please makan jugak sebab kadang-kadang family planning korang fail dan TER hamil”
Harap wanita kat luar sana boleh share kan kat sahabat atau family members korang yang nak kawin, baru kawin atau yang merancang untuk ada anak tu. Prevention is better than cure kata orang kan? Tak salah makan folic acid ni walaupun chances untuk baby korang dapat penyakit ni kurang.