in

Satia Putra: Kisah Kanak-kanak Seberat 101KG, Marah Ibu Bapa Kalau Tak Bagi Makan 7 Kali Sehari

Satia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satia Putra, kanak-kanak berumur 7 tahun yang pernah viral di media sosial sebelum ini kerana mempunyai berat badan berlebihan. Anak kepada pasangan Sarli, 48, dan Komariah, 40, dari Karawang, Indonesia ini merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan memiliki berat 101 kilogram.


Satia12
sumber: ngopibareng

Menurut Merdeka, Satia dilahirkan dengan berat hampir 5 kilogram dan ibu bapa Satia pernah membawanya ke hospital di mana anak mereka disahkan obesiti serta mempunyai pertumbuhan berat badan yang tidak normal.

Bagaimanapun, keluarga itu tidak dapat meneruskan rawatan buat Satia kerana kekangan wang. Disebabkan itu, Satia membesar menjadi kanak-kanak obesiti.

 

Jom ikuti kisah adik Satia Putra:

 

1. Pola makan tidak wajar

Awal bulan Julai, Satia telah dibawa ke hospital untuk diperiksa. Ketika itulah mereka dapati berat terkini kanak-kanak itu adalah 101 kilogram.

Satia4
sumber: suara

Dia dibawa jumpa dengan doktor pakar kanak-kanak dan dirunding selama setengah jam. Doktor membuat kesimpulan Satia tidak mempunyai apa-apa penyakit selain obesiti kerana pola makan yang tidak wajar dan tidak disebabkan oleh faktor keturunan.

 

2. Umur 4 tahun nafsu makan sudah macam orang dewasa

Kata Komariah, ketika menginjak umur 4 tahun nafsu makan Satia mula meningkat dan sama seperti orang dewasa. Ketika itu, dia mampu habiskan 5 pinggan makanan dalam satu masa tidak termasuk makanan ringan dan mi segera.

Dia selalu saja merasa lapar, dan dalam 3 tahun setelah di sunat, berat badannya terus naik hingga kini mencapai 97 kilogram.”

Satia5
sumber: republika

 

3. Nafsu makan berlebihan, marah kalau dilarang

Menurut kedua ibu bapa Satia, semakin dia membesar semakin tinggi nafsu makan anak mereka itu. Malah, dia mampu makan 6 hingga 7 kali sehari dan meskipun sudah cuba dibimbing tetapi kata mereka, usaha itu tidak berhasil.

Ternyata (arahan) tidak berhasil, karena yang saya dengar jika si anak (Satia) minta makan sesuai keinginannya, tidak dikasih dia marah. Itu membuat orang tuanya tidak tega.”

Satia2
sumber: merdeka

Ibu Satia mengaku hampir berputus asa untuk cuba membimbing anaknya agar dapat menurunkan berat badan. Mana tidaknya, sudahlah makan sehingga 7 kali sehari dan selepas itu dia mahu makanan ringan seperti bakso dan ayam goreng tepung pula.

 

4. Ibu bapa tak mahu Satia dibedah

Difahamkan doktor pernah menyarankan agar Satia dibedah untuk mengurangkan rongga gastrik atau bariatric namun Komariah dan Sarli tidak bersetuju. Alasan mereka kerana Satia masih kecil dan baru berusia 7 tahun.

Satia7
sumber: sindo news
Satia6
sumber: teras jabar

Sebaliknya, mereka cuma minta doktor berikan Satia ubat menurunkan nafsu makan kerana dengan cara begitu mereka percaya mungkin dapat bimbing kanak-kanak itu.

Kalau mau ngobatin mah silakan, obatin apa saja, tapi kalau operasi (pembedahan), saya tidak setuju. Nggak diobatin juga nggak apa-apa karena anak saya sehat. Lagian kalau dioperasi, anak saya masih kecil. Kasihan.”

 

5. Tidak mahu ke sekolah

Kata Komariah, Satia tidak mahu ke sekolah dek kerana berat badan dia yang tak normal seperti kanak-kanak seusianya. Disebabkan itu, Satia beritahu dia sangat menginginkan berat badan yang normal. Seragam sekolah pula perlu dijahit sendiri kerana saiz badannya terlalu besar. Komariah terpaksa membeli kain di kedai dan menjahit sendiri baju sekolah anaknya.

Satia8
sumber: kompas
Satia9
sumber: sindo news

 

6. Dapat bantuan rawatan

Menurut Sosok, Ketua Pejabat Kesihatan Karawang, Nurdin Hidayat, Satia telah dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Karawang untuk menjalani program Karawang Sehat dengan pembiayaan sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan.

Satia dilaporkan mengalami masalah kesukaran untuk bernafas selain susah untuk bergerak serta tidak boleh terlentang sehingga terpaksa tidur dalam keadaan duduk.

Satia10
sumber: inews
Satia1
sumber: spirit news

Moga adik Satia berusaha untuk turunkan berat badan dia!

Baca: Daripada 183Kg Kini 73Kg, Lelaki Ini Kongsikan 10 Tips Nak Kawal Nafsu Makan

13238914 10154180142299872 5006253220100242470 N 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.