in

Sangkal Dakwaan Tak Ada Duit & Tak ‘Handsome’, Peguam Kongsi Sebab Kenapa Isteri Faisal Halim Failkan Cerai

ft faisal halim kekal fokus 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam kepada isteri pemain bola sepak kebangsaan, Nur Syazwani Mizuana Shahril iaitu Roshdan Sujak Rafie sangkal dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa keadaan fizikal yang tak seperti dahulu dan masalah kewangan menjadi punca anak guamnya failkan cerai.

Kata Roshdan, pihaknya difahamkan bahawa punca Faisal dan Nur Syazwani Mizuana ingin bercerai dipercayai sebab tiada persefahaman.


Artikel berkaitan : Mental Faisal Halim Tak Terganggu, Kekal Fokus Dalam Bola Sepak & Pengurus Harimau Malaya

Artikel berkaitan : Nama Tersenarai Dalam Mahkamah Syariah, Isteri Faisal Halim Tuntut Cerai?

Tiada persefahaman punca failkan cerai, sudah tidak tinggal sebumbung

Dedahnya lagi, Syazwani dan Faisal sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu.

“Saya ada baca komen netizen mengatakan anak guam fail cerai kerana Faisal tiada duit dan sudah tidak handsome (kacak), semua ini tidak benar. Saya dimaklumkan mereka sudah tiada persefahaman.”

  Screenshot 2025 09 03 163136

Tambah Roshdan lagi, Syazwani kini berada dalam keadaan baik kerana sudah bersedia berikutan tahu Faisal mempunyai ramai peminat yang ingin mengetahui perkembangan mereka.

Jelas Roshdan lagi, ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim di Mahkamah Rendah Syariah Klang, semalam, peguam yang mewakili Faisal memaklumkan bahawa Faisal pernah lafazkan talak di luar mahkamah dan rujuk kembali sesama mereka.

“Anak guam saya memfailkan permohonan cerai, cuma dalam prosiding semalam peguam Faisal memberitahu anak guamnya pernah melafazkan cerai dan rujuk sesama mereka, jadi perlu ada pengesahan dan bicara terlebih dahulu untuk tentukan jumlah talak.”

Screenshot 2025 09 03 163027

Jelasnya, berkenaan dengan hak penjagaan anak tunggal mereka, ia tidak dibincangkan lagi berikutan mahu menyelesaikan terlebih dahulu mengenai pengesahan lafaz luar mahkamah itu.

Dalam pada itu, peguam Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader juga mengesahkan bahawa punca perceraian antara mereka berdua disebabkan tiada persefahaman.

“Ya, itu yang diberitahu sebab tiada persefahaman.”

Screenshot 2025 09 03 151405 1

Menurutnya, Faisal mendakwa bahawa pernah lafaz cerai pada 15 Jun lalu dan rujuk kembali sehari kemudian.

Tindakan cerai dan rujuk itu tidak didaftarkan maka pengesahan lafaz talak luar mahkaman itu perlu dilakukan dahulu. Mahkamah telah menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.