Umum tahu tentang pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak — yang terpalit kontroversi salah guna kuasa dan pecah amanah melibatkan wang dalam nilai yang besar.
Kes ini agak rumit, kerana ia melibatkan banyak pihak malah korang perlu faham — perbicaraan yang sedang berlangsung ketika ini adalah melibatkan SRC International Sdn Bhd dan untuk kes 1 Malaysia Development Berhad belum lagi selesai.
Baru-baru ini, netizen di laman Twitter ada bercakap mengenai musim terbaru dokumentari Dirty Money terbitan Netflix mengenai skandal kewangan ini.
Reaksi mereka bercampur baur, ada yang bertambah marah apabila melihat Najib mengenangkan segala ‘kejelekan’ yang telah dilakukan sepanjang tempoh pemerintahannya — dan ada satu scene, yang pasti akan mengundang air mata korang sewaktu rakyat memberi sokongan penuh kepada Pakatan Harapan untuk menang pilihan raya lalu.
Pemerintahan kleptokrat jatuh tersungkur.
Namun, antara yang menjadi perbualan dan persoalan netizen adalah reaksi penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan — yang ditemuramah dalam dokumentari itu. Rata-ratanya, meluahkan rasa terkejut.
Antaranya, kumpulan nelayan ini mengeluh kerana Najib banyak memberi bantuan ketika zaman pemerintahannya dan ia mula berubah sebaik pentadbiran Pakatan Harapan mengambil alih ketika itu.
Mereka juga dilihat seolah-olah mewajarkan tindakan mencuri wang negara, dengan mempersoalkan semula ‘Perdana Menteri mana yang tidak mencuri?’. Macam cerita Robin Hood, mencuri untuk bantu orang miskin.
Mungkin ada benarnya, politician mana yang tidak menipu kan? Tapi perlu diingat niat tidak menghalalkan cara.
Jadi, apa pendapat korang? Disappointed juga?