in

“Samseng pun ada hati” – Ustaz Ebit Lew Kongsi Pengalaman Ziarah Kawasan ‘Bahaya’ Di Brazil

6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak 1 Disember lepas, penceramah bebas terkemuka iaitu Ustaz Ebit Lew telah menghabiskan masanya di Brazil untuk menziarahi kawasan-kawasan di sana dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



Hingga ke hari ini, beliau sering berkongsikan segala pengalamannya di negara tersebut melalui akaun Instagram miliknya, @ebitlew.

Melawat kawasan ‘panas’ di Sao Paolo

Walau bagaimanapun, perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram itu hari ini menarik perhatian ramai. Dalam post tersebut, Ustaz Ebit telah menziarah salah seorang ketua kawasan di Sao Paolo.

Kawasan itu disebut sebagai salah sebuah kawasan yang merbahaya untuk dilawat. Namun, itu bukanlah penghalang bagi penceramah bebas itu untuk menghulurkan bantuan di sana. Kehadiran Ustaz Ebit disambut baik oleh masyarakat di sana.

Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal”

Malah, Ustaz Ebit dilihat sempat memberikan sehelai baju-T kepada ‘ketua kawasan’ itu yang mempunyai tatu yang penuh di badannya.

Baik sangat ketuanya, walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami.”

Dikatakan ramai yang tertarik dengan penampilan beliau, malah ada yang minta untuk ambil gambar bersama.

Samseng pun ada hati…

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen, di mana rata-rata terharu melihat usaha penceramah bebas itu menyalurkan bantuan di kawasan ‘bahaya’ tersebut. Bukan semua orang berani nak ‘approach’ orang dari kawasan macam tu!

Whatsapp Image 2021 12 07 At 13.09.14 Whatsapp Image 2021 12 07 At 13.09.14 1

Terdahulu, Ustaz Ebit telah menziarah golongan gelandangan di sekitar bandar Sao Paolo untuk menghulurkan bantuan berbentuk makanan kepada mereka.

Besar pahala Ustaz Ebit sampai level international dia salurkan bantuan. Semoga terus dimurahkan rezeki!

Baca: “Syukur Allah jemput kami melalui ustaz” – Ebit Lew Ziarah Ibu Bapa Zulfarhan, Hadiahkan Tiket Pakej Umrah

2 1 2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.