in

Sampai Hati Dera Anak Hingga Mati…

T 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum sejuk pun kisah bayi yang mati dibunuh pengasuh dan mayatnya dimasukkan dalam peti sejuk, semalam timbul pulak satu kes baru. Menurut Berita Harian, seorang budak lelaki 10 tahun semalam dipercayai telah didera ibu kandung sehingga mati!  Allahuuu…


Kejadian yang berlaku di Permatang Badak, Kuantan ni dikatakan mula diketahui apabila ibu kandung mangsa yang berusia 29 tahun telah buat panggilan kecemasan dengan hubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan mendakwa anak lelakinya tu dah tak sedarkan diri di rumah.

36921020 1005709439606766 8548768387029794816 N
sumber: facebook

Kemudian ambulans dikejarkan ke rumah mangsa untuk membawa budak tersebut ke HTAA dan menerima rawatan. Sebaik tiba di HTAA, mangsa disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan fizikal dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa anggota badan mangsa,” jelas Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak HTAA pada jam 3.48 petang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Ibu mangsa kemudian ditahan serta direman berdasarkan kesan kecederaan yang disyaki akibat dera.

36723833 1005709499606760 2005071762349359104 N
sumber: facebook

 

Mati akibat pendarahan di esofagus

Menerusi perkembangan terbaru, punca kematian kanak-kanak tersebut dilaporkan akibat pendarahan di bahagian esofagus. Hasil bedah siasat pada jam 10 pagi mendapati kemungkinan besar salur darah budak 10 tahun tu pecah ataupun terjadinya ulser pada esofagus. Esofagus ni kalau korang tak tahu ia adalah bahagian kerongkong manusia.

“Ini berkemungkinan oleh stress atau force trauma, selain terdapat banyak kesan parut lama dan luka baru di bahagian kepala dan seluruh anggota badan mangsa yang berkemungkinan adalah kerana didera,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Othman Nayan.

Alahai dik.. apa yang ibu dik buat sampai jadi macam ni… Smiley Cry

Menerusi pemeriksaan fizikal, bedah siasat mendapati terdapat banyak kesan lebam pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, bahagian pinggang, punggung, siku kiri, bawah ketiak kanan dan kesan melecur pada kemaluan mangsa. 

 

Ibu mangsa juga seorang pengasuh

Mangsa jugak dimaklumkan merupakan pelajar tahun 4 dari Sekolah Chung Ching Tanah Putih dan anak pertama dari dua beradik lelaki. Manakala bapa mangsa pulak berusia 30 tahun dan bekerja sambilan sebagai penjual kereta terpakai dan pemandu Grab.

Lebih mengejutkan, ibu mangsa mengambil upah sebagai pengasuh dengan menjaga 3 orang kanak-kanak di rumahnya. Scarynyaaa!

36842253 2292143117682740 188725591745232896 N
sumber: facebook

 

Jiran tak pernah dengar mangsa menangis

Jiran berdekatan mangsa memberitahu yang mereka tak pernah dengar tangisan budak atau berjumpa dengan suspek sebelum ni. Manakala suami suspek jugak seorang yang susah nak ditegur dan tak peramah.

Menurut Sinar Harian, jiran yang tak mahu dikenali memberitahu yang dia hanya pernah melihat salah seorang anak suspek sahaja yang berusia 8 tahun.

“Jiran lain ada ceritakan kepada saya, pernah berjumpa mereka satu keluarga termasuk anaknya yang maut semasa jamuan raya baru-baru ini.

“Bila salam dengan anaknya, mereka melihat tangan anaknya berkudis, kurus dan badannya panas. Bila ditanya kepada mangsa, dia hanya tersenyum dan cuba melarikan diri dari menjawab soalan tersebut,” ceritanya.

Malah ibu bapa kepada anak yang diasuh suspek jugak mendakwa yang anak mereka pernah beritahu bahawa mangsa sering kena marah dan dipukul.

Walau bagaimanapun, jenazah mangsa telah dituntut keluarganya jam 3.40 petang semalam (10 Julai) dan sudah dikebumikan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Dera 2
sumber: berita harian

Tenanglah kamu anak di syurga sana… Al-Fatihah. 

Baca: “Luruh jantung, inilah pengasuh tu!” 

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.