in

“Sampai 2 unit bomba datang” – Lelaki ‘Tersepit’ Cincin, Sampai Kena Panggil Bomba

Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau. Itulah yang boleh digambarkan dengan apa yang berlaku kepada lelaki ini. Cincin yang dipakai tak boleh dikeluarkan dan terlekat dijari. Perlu membuat pilihan samada memotong jari atau cincin, lelaki ini terpaksa panggil bomba untuk selesaikan masalah yang dia hadapi.


Menerusi Twitter @mhdamerr, gambar rakannya yang tersepit cincin di jari itu mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, pasukan penyelamat bomba terpaksa menghantar dua unit untuk membantu selamatkan jari rakannya itu.

Dah try macam-macam

Menurutnya lagi, pelbagai cara sudah dibuat untuk mengeluarkan cincin tersebut. Tapi semuanya menemui jalan buntu. Tapi tak sangka pula sampai dua unit bomba datang.

Screen Shot 2019 04 13 At 1.08.19 PmMungkin itu SOP bomba untuk selamatkan mangsa. Tapi memang tabik lah abang bomba. Terbaik bossku!

Screen Shot 2019 04 13 At 1.07.01 PmYa Allah. Tengok pun nampak seram. Dengan gergaji letrik tu lagi.

Screen Shot 2019 04 13 At 1.07.25 PmRamainya abam bomba yang datang. Mesti rasa serba salah brader tu kan.

Screen Shot 2019 04 13 At 1.09.22 PmMacam-macam cara dah buat. Tapi masih gagal. Lebih baik serahkan pada yang pakar. 

Screen Shot 2019 04 13 At 1.08.39 PmOh, nasib baik letak something. Kalau dibiarkan macam tu je, mau berdarah weh. 

 

Akhirnya bebas!

Ini video macam mana bomba berjaya membebaskan cincin tu dari jari mamat ni. Pergh bunyi dia seram gak dengar, kalau kena tangan tu. 

Screen Shot 2019 04 13 At 1.07.40 PmInilah cincin yang berjaya dipotong oleh abam-abam bomba. Terima kasih abam bomba!

Haa.. untuk korang yang pakai cincin atau sebarang aksesori tu, beringat sama ye. Kalau dah tahu jari tu gemuk, jangan dimasuk pulak cincin kecik. Kan dan tersangkut. Kena panggil bomba. Apa-apa pun tahniah kepada abam bomba yang berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kepada mangsa, hati-hati ye lepas ni. 

 

Baca: Syarikat NGO Ini Nak Saman Jabatan Bomba Pasal Kematian 6 Anggota, Ini Alasannya

Screen Shot 2019 04 13 At 1.27.08 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.