in

“Saman fitnah bukan mudah” – Peguam Bagi Pendapat Pasal Mydin Nak Kena Saman

Ft Peguam Bagi Pandangan Mydin Kena Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya kita sedia maklum bahawa pasaraya terkenal di Malaysia, Mydin mungkin akan berdepan dengan tindakan saman susulan dengan posting humornya yang berbaur sindiran.


Oleh itu, ia membuatkan seorang peguam, Nor Zabetha rasa terpanggil untuk memberikan pandangannya mengenai isu ini.

 

Saman fitnah di mahkamah juga bukan mudah.

Menurutnya, tidak dinafikan di Malaysia, rakyat mempunyai hak untuk bersuara tapi tidak boleh melampau.

“Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara. Contoh, kalau kita tidak setuju isu silibus tinggi, beg berat dll. Adakah kita sebagai ibu bapa tidak boleh bersuara atau membuat aduan? Bersuara itu boleh tetapi jangan melampau.”

“Melampau misalnya, melukis gambar Menteri dan menukarkan menjadi imej haiwan kerana marah, menghina dan mencaci maki kerajaan dengan kata-kata kesat.”

Katanya lagi, contoh paling dekat yang kita dapat lihat hak kebebasan bersuara adalah berkenaan politik.

“Kebebasan bersuara kita dapat lihat, dalam medan penulisan politik. Contohnya hentam sana sini, bongkar itu ini oleh kedua-dua pihak. Kadangkala kita baca, keras penulisannya dan ditambah lagi dengan ‘fake account’.”

https://www.facebook.com/zabetha/posts/pfbid02dnnG8WJJEB3v6NsSfGkQ2GSDVxvHPpbkrPfQAd7f6ShoFUhLd5WMJFweN87FddEBl

Nor Zabetha juga memberikan beberapa contoh kes sebelum menjelaskan bahawa untuk melakukan saman fitnah kepada sesuatu pihak itu bukanlah satu perkara yang mudah.

“Hendak buktikan saman fitnah di mahkamah juga bukan mudah. Ada elemen-elemennya. Adakah tulisan merujuk kepada Plaintif? Adakah tulisan itu fitnah atau menjatuhkan reputasi? Adakah disampaikan kepada pihak ketiga?”

“Cukup elemen, maka boleh saman. Tidak cukup elemen maka ditolak. Ambil situasi kes Dr Maza. Pada tahun 2021, Dr Maza iaitu Mufti Perlis berjaya tindakan saman terhadap aktivis T. Arunakirinathan dengan ganti rugi sebanyak RM150,000.

“Di atas, kes Dr Maza menyaman individu dan satu kes lagi, kali ini Dr Maza pula disaman oleh oleh Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin. Pada September 2022, Mahkamah menolak tuntutan saman yang difailkan oleh Zamihan.”

Katanya lagi, jika diperhatikan kes di atas, kejap boleh saman dan dapat tuntutan. Kejap tidak boleh. Kenapa? Semuanya tertakluk kepada fakta dan elemen undang-undang.

Disebabkan itu, peguam ini menasihatkan kepda orang ramai berkenaan isu semasa memang boleh cuma jangan melampaui batas sehingga melangkaui undang-undang.

Baca : “Bukan teh je, cili pun ada” – Caprice Nak Saman 30 Juta Tapi Mydin Malas Ambil ‘Port’?

Caprice Mydin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.