Kalau korang log in ke Twitter hari ini, mesti korang nampak yang Mydin sedang trending kan?
Pasar raya ternama itu menjadi bualan hangat di Twitter selepas akaun rasminya didakwa memuat naik sebuah tweet yang menggunakan nama rapper serta aktivis terkenal Caprice sebagai salah satu cara untuk mempromosikan barangan mereka.
Mula² ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice 😞 pic.twitter.com/T9hnoIVBq0
— MYDIN (@MydinMalaysia) October 19, 2022
Sejurus tweet tersebut dimuat naik, Caprice tidak berdiam diri malah mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram miliknya untuk mengambil tindakan malah ingin menyaman syarikat beli-belah tersebut sebanyak RM30 juta.
https://www.instagram.com/p/Cj6BBr0SIxf/?utm_source=ig_web_copy_link
“Disebabkan oleh hantaran dibuat @mydinmalaysia pada 19 Oktober, klien kami (Caprice) telah mengalami penghinaan oleh jenama dan kedai yang dia kerap membeli-belah.
Disebabkan oleh penghinaan awam ini, klien kami tidak lagi berasa selamat dan akan selamanya trauma dengan pembeli, pekerja, dan pelanggan dari @mydinmalaysia. Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap @mydinmalaysia boleh mengeluarkan video permohonan maaf dan pampasan untuk hantaran melulu yang dibuat oleh jenama terkenal ini.” tulisnya.
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, akaun Twitter Mydin itu masih belum memadamkan tweet berkenaan, malah mereka turut memuat naik beberapa tweet seakan tidak gentar dengan amaran personaliti tersebut.
Selamat pagi semua, banyak betul notifications masuk hari ni. Btw korang dah shopping dekat MYDIN belum?
— MYDIN (@MydinMalaysia) October 20, 2022
Bukan teh je ada dekat mydin ni, cili pun ada. Macam-macam cili ada. Cili kering, cili merah, hijau, cili boh semua ada lah. Nak masak tu letak sikit-sikit je. Takut pedas sangat pula 🌶 pic.twitter.com/y9enYezZ3D
— MYDIN (@MydinMalaysia) October 20, 2022
“Bukan teh je ada dekat mydin ni, cili pun ada. Macam-macam cili ada. Cili kering, cili merah, hijau, cili boh semua ada lah. Nak masak tu letak sikit-sikit je. Takut pedas sangat pula.” tulis mereka.
Sebagai netizen memang seronok tengok content macam ni, tapi harap dua-dua pihak settle cara baik lah ok?
Baca: “So sorry guys, banyak issues masuk” – Caprice Minta Masa Untuk ‘Review’ Kes Viral