in

Sam Ke Ting Bebas Tuduhan Jadi Punca Kematian 8 Remaja Tunggang Basikal Lajak

Sam Ke Ting Bebas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Rayuan telah membebaskan kerani Sam Ke Ting dalam kes basikal yang diubah suai atau lebih dikenali sebagai “basikal lajak”.

Menurut laporan Kosmo!, panel tiga anggota diketuai Hakim Hadhariah Syed Ismail sebulat suara membenarkan rayuannya dan mengetepikan sabitan serta hukuman mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.


Ia sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Sam Ke Ting.

2019748

“Ketika Mahkamah Tinggi mensabitkan perayu atas pertuduhan itu, hakim hanya memfokuskan pada pemandu tapi bukan kepada kumpulan lajak basikal itu.

Berlainan dengan Mahkamah Majistret yang membuat penilaian secara maksimum dengan memfokuskan semua sudut yang mana kemalangan ini mustahil dapat dielakkan.

Satu cara untuk mengelak kemalangan adalah kereta itu “terbang” ketika melalui kumpulan basikal lajak.

Memang nampak kelakar tapi dapatan Mahkamah Majistret itu adalah tepat kerana tiada cara lain hendak mengelak kemalangan itu,” kata Hakim Hadhariah.

Sebagai info, pada 28 Oktober 2018, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan perayu tanpa memerintahkan membela diri terhadap pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pukul 3.20 pagi pada 18 Februari 2017.

Baca: Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Bebas Dengan Jaminan, Denda & Hukuman Ditangguhkan

Untitled Design 2022 04 18T140402.981

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.