in

“Main kejar-kejar pulak!” – [VIDEO] Pasangan Kekasih Lari Elak Sekatan PKP, Dikejar Polis Sampai Kereta Habis Minyak

Combine Kancil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak berkuasa sedang giat melakukan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memastikan sesiapa sahaja yang melanggar arahan ini akan dikenakan tindakan.


Hal ini terkait dengan video yang viral di Facebook yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil memecut laju sebab nak elak daripada sekatan jalan raya di Melaka.

Korang boleh tengok video tu kat sini

Menurut Berita Harian, seorang lelaki bersama teman wanitanya sedang keluar lepak dan terpaksa ‘menyerah’ apabila kereta miliknya kehabisan minyak selepas dikejar polis sejauh 15 kilometer.

Lelaki yang berusia 24 tahun bersama teman wanitanya yang berusia 18 tahun itu melarikan diri selepas melanggar lampu isyarat di persimpangan Rumbia kira-kira jam 7 petang Ahad lalu.

Kancil1

Kancil2

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata lelaki berkenaan memecut laju setelah menyedari kereta yang dipandunya dikejar oleh sebuah kereta polis peronda dan akhirnya dia akur apabila kereta yang dipandunya itu kehabisan minyak sewaktu di Taman Perumah Nuri, Durian Tunggal.

Kancil

Polis mengarahkan lelaki berkenaan untuk memberhentikan kenderaannya namun arahan itu tak diendahkan malah dia terus memecut laju untuk melepaskan diri daripada pihak polis.

Didapati lelaki ini pernah ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan disabitkan hukuman mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan manakala wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Baca : “Dah suruh berhenti, berhenti je lah”- Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Selepas Sebuah Kenderaan Cuba Larikan Diri Waktu Sekatan

S 2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.