in

“Salah syurga tu bang” – Lelaki Cium Kaki Pekerja Wanita Masa Tengah Panjat Bangku

Ft Kedai Pakaian Cium Kaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perangai manusia sekarang memang pelik-pelik, ada je tindakan aneh-aneh yang segelintir golongan ini lakukan kepada mangsa. Kadang-kadang ianya boleh berlaku dalam jua keadaan dan tak terjangkau dek akal pun.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, ada seorang lelaki membuat satu perbuatan ‘gila’ terhadap seorang pekerja wanita di sebuah kedai pakaian, video yang telah meraih sebanyak 462K jumlah tontonan dari TikTok @majoritiofficial ini telah mendatangkan pelbagai reaksi netizen.


 

Cium kaki wanita

Dalam video berdurasi 21 saat itu, rakaman dari CCTV menunjukkan kejadian berlaku di sebuah kedai pakaian, jika diperhatikan, ia seperti kedai untuk pakaian kanak-kanak.

Lelaki tersebut dilihat seperti meminta pekerja wanita untuk ambil sesuatu di tempat yang tinggi, pekerja wanita tersebut dilihat panjat bangku untuk mencapai barang tersebut.

Jadi, ketika wanita tesebut sedang mencuba untuk mengambilnya menggunakan batang kayu pencangkuk, lelaki tersebut secara tiba-tiba membuat aksi ghairah dengan mencium kaki wanita tersebut sebelum dihalau.

https://www.tiktok.com/@majoritiofficial/video/7139514928980938010?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Pastinya ia mengundang kemarahan netizen, bagaimanapun ada yang menyindir dan ada juga yang membuat andaian bahawa lelaki tersebut mungkin mengamalkan ilmu hitam.

Kedai Kedai 2 Kedai 3 Kedai 4 Kedai 5

Dalam pada itu, ramai juga yang bimbang dan takut apabila melihat kejadian tersebut. Nasiblah ada CCTV, kalau tak memang susah.

Baca : “Sanggup eh dia buat macam tu” – [VIDEO] Isu Cium Kaki Dalam Drama Ayat Dari Langit, Adlin Kongsi Scene Sebenar

Fi Kaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.