in

Saksi Ke-53 Tampil Beri Dokumen Yang Tak Pernah Diberikan Kepada Polis, Dakwa Kandung Cerita Sebenar

ft saksi ke 53 inkues zara qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hakim Koroner dan semua pihak berkepentingan dalam inkues Zara Qairina Mahathir terkejut apabila saksi ke-53 membuat pendedahan dalam keterangannya di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Dalam kenyataan pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina memaklumkan bahawa, saksi tersebut dedah wujudnya dokumen asal yang selama ini telah disimpan dalam fail Unit Disiplin sekolah.


Artikel berkaitan : Inkues Zara Qairina: Zara Pernah Mengadu Kepada Ibunya Diejek Pelajar Senior

Artikel berkaitan : Inkues Zara Qairina: Saksi Dakwa Nampak Zara Terj*n Dari Aras 2

Dokumen asal ditulis pelajar yang tak pernah didedahkan selama ini

“Dokumen itu ialah keterangan bertulis yang ditulis sendiri oleh pelajar-pelajar pada 17 Julai 2025 iaitu dua hari selepas kejadian.”

“Dokumen tersebut mengandungi cerita sebenar pelajar-pelajar tentang apa yang berlaku tetapi ia disimpan sehingga saksi ke-53 tampil.”

Screenshot 2025 11 26 153822

“Dokumen penting ini tidak pernah diberikan kepada pihak polis dan tidak pernah dimaklumkan oleh saksi-saksi guru sebelum ini walaupun ada antara mereka mengetahui kewujudannya.”

Dengan pendedahan tersebut, prosiding terpaksa diberhentikan seketika kerana ada pihak berkepentingan yang meluahkan rasa kecewa terhadap perkara itu yang boleh memberi kesan kepada semua pihak yang terlibat dalam inkues.

Screenshot 2025 11 26 154024

“Hakim Koroner turut mengarahkan semua pegawai pengendali dan pihak berkepentingan untuk berbincang dan mencadangkan satu tarikh yang sesuai bagi menjalankan lawatan ke sekolah (locus in quo).”

“Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang berlaku kepada Zara di dalam dormnya, di kawasan bersebelahan dorm dan di tandas asrama.”

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.