in

Sajat Bakal Buka Bisnes Di Australia, Tanya Kalau Ada Rakyat Malaysia Minat Nak ‘Join’

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun terpalit dengan pelbagai jenis kontroversi, usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzaman baru-baru ini berjaya melunaskan hasratnya untuk membuka sebuah perniagaan di Australia.


Sebelum ini, kecoh di media sosial berkenaan isu lelongan aset usahawan tersebut di Kuala Lumpur. Namun, isu tersebut dilihat tidak menjadi penghalang bagi penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu meluaskan perniagaannya hingga ke negara luar.

Perkara itu dinyatakan melalui perkongsiannya di laman Instagram, mengesahkan pendaftaran bisnes bernama Nur Sajat Legacy Cosmetic berjaya direkodkan sebagai perniagaan yang sah, di bawah seksyen 33(8) Akta Pendaftaran Nama Bisnes 2011.

Dalam kemaskini itu, Sajat telah memanjatkan rasa syukurnya, di mana dia telah lama menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan di negara tersebut.

Janji tetap janji uols! Team sajat akan berkepak di Australian. Sajat bersyukur sangat dengan team sajat di Australian”

Menambah ‘perasa’ dalam perkongsian itu, Sajat juga turut bertanya jika ada rakyat Malaysia yang berminat untuk berhijrah dan bekerja dengannya di Australia.

3 1

Bisnes tersebut dikatakan bakal dibuka seawal bulan April atau Mei tahun ini, sekiranya tidak ada sebarang halangan. Siapa-siapa yang nak kerja dengan Sajat, dah boleh lah standby passport!

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi rasa gembira terhadap perkhabaran tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Sajat.

Ada juga yang kagum dengan usahawan tersebut yang tidak patah semangat dalam bisnesnya walaupun sering dikecam oleh netizen berikutan beberapa kontroversinya sebelum ini.

22 Vert

Haa… kerja oversea tu… Korang tak nak ke?

Baca: Sedih Lihat Banjir Di Malaysia, Sajat Kirim Duit Kepada Emak Untuk Bantu Mangsa

Capture1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.