in

“Saja je nak viral ni…” – Lelaki Bagi Hantaran Toyota Fortuner Dekat Isteri, Rupa-rupanya Kereta Curi?

Kereta Kena Tarik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral dekat media sosial baru-baru ini ada pasangan Indonesia berkahwin di mana pengantin perempuan telah menerima hantaran sebuah kereta daripada suaminya itu. Menurut Tribun, Ujok Budiyanto dan Mega Tristiani bernikah pada 16 Jun lepas dan mendapat perhatian netizen dek kerana si suami memberi Toyota Fortuner kepada isterinya itu.


Pasangan Pengantin
sumber: tribun

Namun, tidak sampai sebulan usia pernikahan mereka, kecoh pula berita tentang kenderaan itu telah ditarik oleh pihak berkuasa. Katanya, kereta itu adalah hasil curian!

Difahamkan, Ujok bekerja sebagai peniaga bakso dan telah membeli satu unit Fortuner jenis VRZ dan satu unit motor Honda Beat. Kedua-dua itu bernilai 500 juta Rupiah (lebih kurang RM147,000).

Kereta2
sumber: tribun

Ujok telah membeli kereta tu melalui seorang salesperson bernama DS di kedai menjual kereta PT Nasmoco Mati. Tanpa disangka, sebenarnya DS telah ‘mencuri’ Fortuner itu dari kedai tersebut dan menjual semula kepada Ujok pada harga yang sama menggunakan dokumen palsu.

Dia dikatakan telah memesan satu unit Toyota Fortuner dari kedai namun belum selesai urusan jual beli, DS mencuri kunci dan kenderaan itu dari gudang.

Kereta4
sumber: tribun

Bagaimanapun, menurut pihak polis duit yang dibayar Ujok untuk membeli kenderaan itu tidak digunakan untuk melangsaikan bayaran sebaliknya DS guna untuk diri sendiri.

Wang itu tidak dibayar ke kedai tersebut, tetapi dia guna sendiri untuk bermain judi online.”

Pada 18 Jun 2019, pihak kedai itu menyedari satu unit Fortuner telah hilang ketika membuat pengiraan stok dan dari situlah kantoi bahawa DS telah mencuri dari gudang. Selepas membuat laporan polis, pihak berkuasa terpaksa mengambil Fortuner itu sebagai bahan bukti sementara kes dalam siasatan.

Kereta1
sumber: tribun

DS pula ditahan dan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 5 tahun. Polis berkata mereka akan pastikan Ujok dan isterinya, Mega akan dapat semula kereta tersebut selepas kes selesai.

Tak pasal pasal pengantin tu dapat malu, mesti orang ingat dia yang curi atau dia tak bayar sampai kena tarik!

Baca: Ramai Jeles Gadis Dapat Hantaran Kereta Mewah Dari Suami 70 Tahun

Jeles Yalss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.