in

“Saintis pernah beri amaran, virus boleh terlepas dari makmal” – Korang Tahu, Sebenarnya Ada Makmal Kaji Virus Di Wuhan?

Untitled Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam yang kita dah dengar tentang penularan wabak novel coronavirus ni, ada yang kata ia berpunca daripada tabiat rakyat di sana yang gemar makan daging haiwan-haiwan eksotik seperti kelawar dan ular.


Tapi sebenarnya, ada sesuatu yang mungkin ramai daripada kita belum maklum. Tahu tak, di Wuhan di sebenarnya terdapat sebuah makmal biologi yang dibina khusus pemerintah China — sebagai tempat untuk mereka mengkaji virus berbahaya dunia.

Selepas serangan SARS pada 2003, pemerintah China mahu membina satu makmal kajian sebagai persediaan untuk mereka berdepan sebarang ancaman biologikal pada masa akan datang. Maka atas matlamat itu, terbinalah sebuah makmal pada 2015.

Menurut DailyMail UK, Wuhan National Biosafety Laboratory yang terletak di dalam Wuhan Institute of Virology — merupakan satu-satunya makmal yang dibina di China, khusus untuk mengkaji Ebola dan SARS.

Malah ia juga merupakan makmal pertama yang direka memenuhi standard BSL-4, iaitu tahap biohazard tertinggi agar sebarang kajian ke atas patogen berbahaya boleh dilakukan.

Mana-mana makmal BSL-4 perlu dilengkapi dengan airtight hazmat suit dan high grade gloves dalam ruangan khas untuk mengelakkan sebarang virus tersebar melalui udara. Selain itu, hanya saintis yang benar-benar layak saja dibenarkan bertugas di makmal tersebut.

23793000 7922379 Image A 12 1579817894162

23795084 0 Image A 3 1579817027497

Sepanjang 2015-2017, makmal ini sebenarnya masih melalui safety testing.

Dan menjelang tarikh pembukaan rasminya pada 2017, para saintis di luar China memberi amaran bahawa sejenis virus yang identical dengan SARS boleh terlepas dari makmal itu.

Saintis di Amerika Syarikat khuatir, insiden sama boleh berulang seperti apa yang pernah berlaku di sebuah makmal di Beijing pada 2004.

Namun amaran itu tidak diendahkan mereka. Bagi pihak China, pembukaan makmal itu merupakan satu peluang yang boleh meletakkan mereka paling hadapan dalam bidang kajian virus.

Selain kajian ke atas virus berbahaya, satu perkara lain yang membuatkan saintis lain bimbang adalah budaya kerja masyarakat China yang tidak transparent.

Bagaimanapun setakat ini, pakar tidak mengesyaki bahawa penyebaran coronavirus berpunca daripada kajian di makmal itu.

1 Hazard Suits

 

Baca: “Mati sebagai hero” – Doktor Pertama Meninggal Dunia Semasa Rawat Pesakit Coronavirus

3Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.