in

Saintis Berjaya Hasil Cat Paling Putih Di Dunia, Dakwa Mampu Gantikan Aircond

Cat Paling Putih Di Dunia Dicipta Purdue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah cat yang paling putih di dunia telah berjaya dicipta oleh saintis di Universiti Purdue, Amerika Syarikat baru-baru ini. Punyalah putih cat tersebut, dikatakan ia mampu mengurangkan penggunaan aircond menurut saintis


Cat putih tersebut kini diakui dan tercatat dalam Guinness World Records sebagai cat yang paling putih di dunia!

Menurut Professor Kejuruteraan Mekanikal Universiti Purdue, Xiulin Ruan yang berjaya mencipta cat tersebut, projek ini telah dimulakan sejak tujuh tahun lalu dan tujuan utama penghasilan cat tersebut bukanlah untuk memecahkan rekod dunia tetapi ada tujuan sebaliknya.

Cat Paling Putih

Difahamkan, ketika kajian awal dijalankan oleh Xiulin, ia dilakukan bagi mengatasi masalah pemanasan global yang semakin hari semakin meruncing.

“Pada awalnya, projek ini dibuat untuk mengurangkan penggunaan tenaga selain melawan pemanasan global”

Tambah penyelidik berkenaan, idea yang digunakan adalah penggunaan konsep pantulan cahaya matahari. Dengan asas tersebut, maka idea menghasilkan cat yang mampu memantulkan cahaya daripada bangunan tercetus.

Disebabkan tujuannya adalah untuk membuatkan cat ini mampu untuk memantulkan cahaya, secara tidak sengaja ia turut menghasilkan sebuah cat yang sangat putih menurut kenyataan universiti terbabit.

Pantulan Inframerah Cat Putih

Difahamkan, cat ini mampu memantulkan sehingga 98.1 peratus cahaya matahari selain turut memantulkan semula haba inframerah. Disebabkan cat ini memantulkan haba lebih daripada apa yang diserap, maka permukaan bangunan dibawahnya menjadi lebih sejuk tanpa menggunakan sebarang tenaga.

Selain itu, sekiranya cat ini digunakan untuk melitupi kira-kira 1000 kaki persegi permukaan, ianya menyebabkan kuasa penyejukan sebanyak 10 kilowatt dan ini ternyata lebih berkuasa daripada tenaga yang mampu dikeluarkan oleh sebuah unit pendingin hawa.

Menurut Xiulin lagi, cat putih yang ada di pasaran sekarang biasanya akan menjadi lebih panas sekiranya terdedah dengan cahaya matahari. Ini kerana ia hanya dihasilkan untuk menolak haba dan memantulkan cahaya matahari sebanyak 80% hingga 90%. 

Rooftop Testing 2

Difahamkan apa yang membuatkan cat ini menjadi paling putih di dunia adalah kepekatan sebatian kimia yang sangat tinggi yang disebut barium sulfat yang juga digunakan dalam kertas foto dan kosmetik ditambah dengan saiz zarah barium sulfat yang berbeza dalam cat, kata para saintis di Purdue.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, difahamkan juga bahawa penyelidik di Universiti Purdue ini turut mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat bagi tujuan untuk menjual cat ultra putih ini di pasaran.

Kalau ada jual kat Malaysia ni, elok sangat dibeli! Jimat sikit letrik. 

Baca : Mercedes Pamer Kenderaan Serba Futuristik Terbaharu, Boleh Kawal Guna Fikiran

Kereta Boleh Kawal Guna Fikiran

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.