in

Mercedes Pamer Kenderaan Serba Futuristik Terbaharu, Boleh Kawal Guna Fikiran

Kereta Boleh Kawal Guna Fikiran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan kenderaan sekarang telah menggunakan pelbagai teknologi terkini selain ianya juga dijadikan salah satu seliing point kenderaan yang dikeluarkan. Ada yang disertakan sebagai teknologi keselamatan seperti bantuan brek kecemasan, kamera pandang belakang dan lain-lain.


Salah satu ciri yang boleh dikatakan sering di ‘jual’ oleh pengeluar kenderaan sekarang adalah skrin paparan sentuhan atau touchscreen yang bukan sahaja boleh mengawal muzik, tetapi kini dilengkapi dengan pelbagai lagi kemudahan.

Suatu hari nanti, tidak mustahil skrin paparan sentuh ini akan dipasang atau disertakan pada semua kenderaan.

Myvi Touchscreen

Jika korang merupakan pengguna yang dah lama menggunakan paparan skrin sentuh ini, pastinya ada masa-masa yang korang berasa jemu atau kurang ‘berkenan’ dengan kebolehan atau fungsi yang ditawarkan.

Baru-baru ini, pengeluar kenderaan terkemuka dari Jerman, Mercedes-Benz hadir dengan ‘penyelesaian’ kepada mereka yang dah mula bosan dengan skrin sentuhan di kenderaan ini iaitu Vision AVTR.

Mercedes Avtr

Kereta konsep terbaharu dari Mercedes ini telah membuat penampilan pertama di sebuah pertunjukan kenderaan di Jerman, iaitu IAA Mobility 2021 yang telah berlangsung di Munich.

Difahamkan, Vision AVTR ini dilengkapi dengan teknologi yang membenarkan pengguna kereta tersebut untuk mengawalnya hanya menggunakan fikiran. Menggunakan konsep persepsi visual, beberapa titik cahaya akan dipancarkan ke dashboard kenderaan tersebut.

Mercedes Concept Car

Untuk membolehkan ia membaca fikiran pemandu, pemandu perlu memakai sejenis peranti berelektrod, Brain-user Interface, (BCI) yang akan dipasang di bahagian belakang kepala pemandu.

Selepas peranti ini diaktifkan, ia mampu untuk membaca dan merekodkan aktiviti otak pemandu, jadi apabila pemandu memfokuskan kepada satu-satu titik cahaya, peranti ini akan membolehkan beberapa perkara yang boleh dilakukan.

Mercedes Avtr 2

Sebagai contoh, dengan adanya teknologi futuristik ini, pemandu yang ingin menguatkan suara muzik atau menurunkan suhu hanya perlu memandang dan fokus kepada titik cahaya di dashboard, kemudian BCI akan mengarahkan sistem kenderaan tersebut sesuai dengan apa yang difikirkan oleh pemandu.

Untuk pengetahuan, perkara ini bukan hanya teori mahupun prototaip, ianya sudah tersedia dan menurut Mercedes, mereka yang ingin merasai pengalaman tersebut boleh ke booth pameran mereka di IAA Mobility tersebut.

Cuba tengok ‘test drive’ pertama kenderaan tersebut, memang canggih!

Baca : “Baby yang nakk” – [VIDEO] Isteri Mengidam Benda Pelik, ‘Minta’ Lamborghini RM 3 Juta Dekat Suami

Fi Mengidam Lamborghini

Sumber: YouTube
Sumber: Unilad
Sumber: Pc Mag
Sumber: Mercedes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.