Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pempengaruh TikTok mengeluarkan kenyataan di mana dia berpendapat universiti ini sekadar ‘menjual’ kelayakan akademik atau ijazah.
Dalam potongan video itu, pempengaruh itu menyebut nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan berkata dia merupakan pelajar di situ.
Artikel berkaitan: “Sia-sia masuk universiti lepas itu ke tali gantung” – Permaisuri Pahang Titip Pesan Buat Pelajar Universiti
Artikel berkaitan: Anak Maut Akibat Renjatan Elektrik Di Asrama, Bapa Tuntut RM3 Juta Dari Universiti
Terbaru, pihak UniSZA membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan penjualan sijil akademik dan berkata universiti itu sentiasa mematuhi tatakelola dan piawaian yang telah ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
“UniSZA tidak akan berkompromi dalam menjaga mutu program diploma dan ijazah pendidikan tinggi yang dikeluarkan.
Mutu pendidikan serta graduan dihasilkan UniSZA sentiasa diaudit oleh badan-badan akademik dan profesional bertauliah,” katanya.
Pempengaruh itu sebelum ini mendakwa dia hanya membeli ijazah sarjana muda di UniSZA dan universiti tersebut memberikan ilmu dan sekeping sijil ijazah sarjana muda kepadanya selepas tamat pengajian.
Dalam pada itu, pihak pengurusan UniSZA mengesahkan pempengaruh terlibat bukan lagi pelajar universiti berkenaan.
Sumber: Kosmo!