in

“Sahabat dunia akhirat” – [VIDEO] Warga Emas Mata Dah Tak Nampak, Rakan Tolong Pimpin Ke Masjid

Untitled Design 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persahabatan yang suci dan ikhlas amat sukar dicari, zaman sekarang ini tidak dapat dinafikan ramai yang selalu mengambil kesempatan dan menikam kita dari belakang.



Semalam, sebuah video telah tular di TikTok di mana kelihatan gelagat dua orang warga emas yang berpimpin tangan berjalan ke masjid.

@_4clover_

Terima kasih pakcik selalu jagakan ayah di masjid semoga syurga buatmu🥺🤍 #sahabatsyurga

♬ Usik – Feby Putri

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @_4clover_ itu lebih mendapat perhatian netizen apabila difahamkan salah seorang warga emas itu merupakan bapanya yang mempunyai masalah penglihatan.

“Terima kasih pakcik selalu jagakan ayah di masjid semoga syurga buatmu.” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Menurut gadis itu, pak cik berkenaan akan selalu menunggu di halaman rumahnya sebelum berjalan berpimpinan tangan dengan bapanya menuju ke masjid yang berdekatan dengan rumah mereka.

“Definisi sebenar kawan sampai Jannah” 

Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen terharu melihat keakraban kedua-dua warga emas itu.

Rata-rata mengakui persahabatan mereka itu sesuatu yang jarang-jarang ditemui, malah selebriti ternama Fazura juga meninggalkan komen pada video tersebut. Sahabat ke syurga bak kata orang…

We

Semoga kita pun dipertemukan dengan sahabat sebaik ini…

Baca: “Cukup dah untuk aku” – Beto Kusyairy Terharu, Penonton Bawa Warga Emas Tengok Filem Mat Kilau

Beto Terharu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.