Kalau netizen di luar sana perasan, rata-rata guru dari kawasan pedalaman selalunya merungut akan situasi mereka yang serba kekurangan dan ditambah pulak dengan keadaan murid yang sentiasa dihimpit kemiskinan. Lebih menyedihkan, mereka kurang mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
Inilah juga perkara yang disuarakan oleh seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman di Sabah menerusi satu posting yang viral di Twitter.
“Sabar ye, nanti cikgu belikan kau pakaian baru next week. Maklumlah, menteri kita sekarang sanggup bagi sumbangan kat…”
Menerusi posting tersebut, guru ini telah berkongsi gambar muridnya yang kelihatan memakai seluar koyak ke sekolah. Menurut cikgu ini, sekolah di kawasan pedalaman jarang mendapat sumbangan kalau nak dibandingkan sekolah-sekolah di ‘bandar’. Min tak nak sebut apa jenis sekolah tu tapi korang boleh fikirlah.
Lebih mengejutkan, mereka perlu bersaing pulak dalam mendapat result yang baik, setara dengan keputusan sekolah di ‘bandar’.

“Patutnya golongan dia orang ni lah yang dapat bantuan. Ini tak, sekolah siap aircond bagai, dapat peruntukan”
Rata-rata netizen nampaknya memang tak puas hati langsung dengan situasi yang menimpa kanak-kanak di sekolah pedalaman.
Menurut mereka, pelajar seperti inilah yang sepatutnya kerajaan beri tumpuan kerana banyak yang daif dan sesetengah tu jalan raya pun tak ada.

“Makan dalam cikgu. Teruskan berbakti untuk anak bangsa”

Harap admin apa yang diluahkan guru ini mendapat perhatian Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan. Semoga cikgu ini terus bersemangat dalam menjalankan tugas!