Betul lah ajal dan maut itu di tangan tuhan, kita tidak ada kuasa untuk berhentikannya hatta menghalangnya sekalipun.
Sebagai hamba kita tidak tahu bila masa dan dimana akan dipanggil menghadap-NYA.
Seperti perkongsian Shukri di twitter yang telah membuat ramai sebak dengan foto yang dimuatnaiknya.
“Sebelah majlis tunang, sebelah orang meninggal dunia…”
Sebelah majlis tunang, sebelah orang meninggal dunia. Waktu yang sama tapi dia situasi/emosi yang berbeza ? pic.twitter.com/qzfmFJD28M
— Asyuk (@Shukri_Amre) September 1, 2019
Ramai yang sebak selepas melihat foto yang dikongsikan Shukri sekaligus menyedarkan kita bahawa bahagia di dunia itu hanya bersifat sementara.
Melalui foto tersebut dalam dilihat, di sebelah kiri sebuah rumah yang dalam keadaan gembira dan ramai orang berbeza dengan rumah di sebelah kanan yang sugul, sunyi dan tidak mempunyai ramai orang.
Menurut Shukri, majlis tunang tersebut sudah setengah jam berlangsung baru menyedari ada orang meninggal dunia di sebelah rumah. Malah Shukri berkata pakciknya sendiri yang merupakan tuan rumah majlis tunang tersebut menguruskan jenazah dari A to Z, dan dia sendiri tidak join pun majlis tunang anaknya itu.
Malah rata-rata netizen turun terkesan dengan perkongsian tersebut.
“we never know which one comes first…”

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan-NYA amin.