in

Rumah Salman Khan Ditembak Gengster, Didakwa Kerana Masih Berdendam

Untitled Design 2024 04 17T173743.622

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat peminat filem Bollywood, pasti kenal dengan nama Salman Khan yang boleh dikatakan pelakon ‘lejen’ dalam industri filem India itu.


Pun begitu, baru-baru ini kediaman pelakon itu difahamkan telah diserang oleh kumpulan gengster dan sebanyak tiga das tembakan dilepaskan di rumahnya itu yang terletak di Mumbai.

Artikel berkaitan: 6 Filem Bollywood Terbaik Sepanjang Zaman, Gerenti Ada Yang Korang Tak Tengok Lagi!

Artikel berkaitan: “Tua tapi masih berbisa” – 5 Kisah Nenek ‘Gengster’ Tak Gentar Lawan Penjenayah

Cats 15

 

Menurut laporan Astro AWANI, rumah Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April sebelum sekumpulan gengster yang diketuai Lawrence Bisnhnoi mengaku melakukan aksi tersebut.

Dua anggota kumpulan penjenayah itu telah ditangkap kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood itu kerana masih berdendam kerana Salman Khan dikatakan pernah membunuh dua ekor antelop (sejenis rusa) beberapa dekad lalu.

Menerusi laporan media tempatan, adik Lawrence, Anmol Bishnoi difahamkan bertanggungjawab atas serangan yang terjadi pada pukul 5 pagi, 14 April lalu.

Difahamkan, sebelum ini kumpulan gengster itu pernah mengugut bunuh pelakon filem Hello Brother itu.

Bapa Salman, Salim Khan malah mengatakan tiada kenyataan yang boleh diberikan kepada pihak media dan meminta agar semua pihak bertenang dan tidak bimbang.

Macam dalam movie pula…

Sumber: Astro AWANI, Al Jazeera

Sumber: India Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.