Kalau kita cakap pasal Bollywood, mesti terus terbayang jalan cerita diorang yang sedih tapi lagu-lagu yang best kan?
Baru-baru ini, netizen dihangatkan dengan persembahan menarik dari seorang artis lompat tali atau jump rope yang menari lagu Bollywood sambil melakukan beberapa aksi jump rope. Aksi itu dikongsikan sendiri oleh artis tersebut di TikToknya, @firdausrasidd yang menyahut cabaran seperti yang diminta oleh netizen.
Firdaus yang merupakan seorang peserta Asia Got Talent 2018, telahpun berkecimpung dalam bidang jump rope lebih dari 10 tahun. Dia menggunakan platform TikTok untuk menonjolkan bakatnya kepada orang ramai.
@firdausrasidd Reply to @mek_meks terimakasih yang menyokong, saya menghormati? #fypシ #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #chandigarh #jumpropeartist #contentcreator
Lebih mencuri tumpuan, ramai yang mengatakan bahawa Firdaus mempunyai iras muka yang sama dengan pelakon dan penyanyi tanah air iaitu Naim Daniel. Firdaus dalam video itu, kelihatan sungguh bersahaja dengan langkah-langkah yang lincah.
Di ruangan komen, netizen rata-rata menulis bahawa aksi yang dilakukan oleh Firdaus boleh buat Salman Khan ‘menangis’ kerana skil yang dianggap sukar untuk orang biasa lakukan. Ramai yang mengatakan diri mereka mungkin tidak selincah Firdaus kerana tidak berseni untuk melakukan aksi itu.
Ternyata ramai yang suka dan meminati setiap aksi tersebut oleh Firdaus. Mereka turut memuji cara Firdaus bermain tali dengan smooth dan kelihatan pelbagai. Disebabkan sokongan yang positif dan tak terhingga oleh netizen, Firdaus meluahkan rasa berterima kasih kepada mereka.
Untuk lebih banyak video aksi oleh Firdaus, boleh klik di sini.
Min nak cuba lah menari sambil lompat tali macam Firdaus ni. Mana tahu slow-slow boleh kurus lepas ni.