Umum mengetahui banyak bahagian di Malaysia berhadapan dengan bencana banjir, antara negeri yang paling terjejas ialah Johor dan Pahang.
Penyanyi muda Wani Syaz atau nama sebenarnya Nursyazwani Selamat yang tinggal di kawasan Seri Medan, Johor antara yang terkesan akibat bencana itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Lepaskanlah itu berkongsi pengalamannya berdepan dengan bencana tersebut.
@wanisyazofficial_ Assalamualaikum semua, Wani & Team @Beezer Box berhajat nak agihkan bantuan . kalau anda ingin beri sumbangan kepada mangsa banjir boleh terus ke akaun 📌Beezer Box ( Agro Bank ) Bank Pertanian : 1005821000069166 ~ Kami akan beli makanan/Keperluan untuk disumbangkan ke PPS yang berdekatan dengan kami 🫶
Menerusi laporan Berita Harian, Wani memberitahu walaupun kejadian banjir bukan kali pertama berlaku, tetapi menerusi dua pengalamannya lalu, air tidak naik secepat itu sehingga mencecah paras pinggang.
“Kejadian minggu lalu berlaku sangat cepat. Selalunya jika hujan tidak berhenti selama tiga atau empat hari barulah air akan masuk dalam rumah, tetapi tidaklah sampai ke paras pinggang.
Namun, kali ini, hujan baru sehari, tetapi air sudah naik dan insiden itu berlaku dengan terlalu pantas. Sedar sahaja air sudah sampai ke paras pinggang, jadi kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang.
Kami hanya sempat mencapai beberapa helai baju sahaja. Tahun lalu kawasan kampung saya dilanda bajir, tetapi rumah kami tidak terjejas kerana kedudukan rumah agak tinggi, ” katanya.
Wani bagaimanapun bersyukur kerana sempat menyelamatkan neneknya yang uzur di sebelah rumah dan lima kucing peliharaanya.
Dia turut memberitahu bahawa dia dan keluarga terpaksa menumpang di rumah sepupu memandangkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin sesak.
Selain itu, Wani dan ahli keluarganya turut sempat mewujudkan tabung sumbangan bagi membantu mereka yang terkesan dengan bencana itu dan setakat ini tabung tersebut berjaya mengumpul Rm 5,000.
Semoga Wani dan keluarga sentiasa selamat…
Baca: Mangsa Banjir Di Johor Dapat Moratorium Daripada Maybank & CIMB – PM