in

Rumah Cantik Dijual di Perkampungan Eyam, England Tapi Ramai Takut Nak Beli Rupanya Sebab…

Rumah Eyam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rumah vintage yang cantik di kawasan luar bandar yang tenang namun mungkin pembeli akan berfikir banyak kali untuk beli. Kenapa?


Rumah8

Sebuah rumah yang mempunyai empat bilik di perkampungan Eyam yang telah dekat Derbyshire, Timur England dikhabarkan kini menunggu penghuni baru apabila ianya kini dijual pada harga 725,000 pound (RM3,883,556).

Kononnya, rumah itu dikatakan sesuai untuk dijadikan tempat istirehat ketika perintah berkurung disebabkan wabak Covid-19 yang melanda dunia termasuklah negara itu.

Rumah12

 

Cantik, tapi kenapa susah untuk dijual?

Namun, menurut The Sun rumah yang mempunyai bahagian bawah tanah itu rupa-rupanya mempunyai sejarah hitam dan menakutkan kerana ianya dibina di atas tapak tanah perkuburan penduduk kampung yang mati pada abad ke-17 akibat penularan wabak.

Malah di bahagian depan rumah kecil itu, bersebelahan dengan pintu masuk ada diletakkan plak yang memaklumkan ianya dibina di atas kubur penduduk yang mati akibat wabak tersebut.

Rumah2

Rumah9

Rumah6

 

Beratus penduduk kampung mati pada 1665 sebab wabak!

Berdasarkan sejarah, kampung itu telah dilanda wabak yang tidak dapat dikenal pasti pada September 1665. Disebabkan itu, seluruh penduduk telah mengurungkan diri masing-masing kerana takut wabak itu tersebar.

Rumah4

Malangnya, setiap hari sekurang-kurangnya enam kematian dilaporkan dalam masa sehari dan paling menyedihkan, pada satu ketika seorang ibu telah kehilangan keenam-enam anaknya dan suami hanya dalam tempoh satu minggu.

Wabak itu telah meragut 260 nyawa penduduk di perkampungan itu dan kerana tiada pilihan (termasuklah tidak mahu wabak itu menular), penduduk yang lain telah mengheret semua mayat-mayat mereka ini dan tanam mereka di kawasan padang luar.

Rumah17

Rumah3

 

Bina rumah atas kubur

Pada abad ke-18, batu nisan itu semua dialihkan dan rumah ini dibina di atas kubur-kubur penduduk tersebut. Pemilik baru rumah berkeluasan 3,250 kaki persegi ini dikatakan akan dapat laluan masuk peribadi yang menuju ke arah kawasan tempat letak kereta dan kira-kira sepertiga ekar tanah.

Rumah11

Rumah5

Rumah10

Perkampungan Eyam itu sehingga kini masih mempunyai penduduk dan tidak pernah dibiarkan kosong. Malah, kampung itu turut ditambah baik dengan pembukaan kafe, pub, klinik pembedahan, sekolah dan institut.

Eyam1

Kalau korang ada duit, nak beli tak rumah yang ada sejarah macam ni???

Baca: IMBAS SEJARAH H1N1: Wabak Bermula Di Mexico Sebelum Menjangkiti 700 Juta Orang Di Seluruh Dunia

Feature 2 17

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: BBC
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: Derbyshire

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.