in

“Seramlah kostum dorang”- Ini Pakaian Perlindungan Doktor Waktu ‘Black Death’ Yang Mengorbankan Jutaan Orang!

Untitled Design 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika ada wabak berbahaya pasti akan ada pakaian kostum perlindungan khas untuk mereka yang merawat pesakit.


Contoh seperti sekarang kita lihat kostum rasmi yang dipakaikan pada jururawat dan doktor bagi merawat pesakit covid-19 tersusun rapi penuh dengan perlindungan.

Kostum Covid 19

Harini admin nak share sikit bukan pasal kostum covid-19 tetapi kostum orang Eropah dahulu dan mengapa kostum itu dicipta.

Kira-kira 2,600 tahun dahulu satu wabak yang di panggil ‘Black Death’ telah menyerang seluruh dunia termasuk Eropah yang menyebabkan kematian ramai, perkara ini dikongsikan oleh Geng Travel di twitternya.

Dilaporkan puluhan juta orang terkorban akibat wabak ini.

Hal ini menyebabkan kerajaan ketika itu mengeluarkan satu kostum khas untuk para doktor merawat pesakit yang berjangkit.

Kostum Eropah

Perincian Alat Di Kostum Orang Eropah

Pasti ramai dari anda yang fokus pada paruh tu kan?

Perincian Alat

Paruh burung itu bertujuan untuk menapis udara dan mereka meletakkan rempah serta bunga wangi bagi menghindari bau busuk mayat.

Selepas itu, tongkat yang mereka bawa di mana sahaja itu bertujuan untuk menyentuh pesakit dari jarak yang selamat.

Topi lebar yang dipakai menandakan mereka adalah seorang doktor dan jenis perubatan ketika itu adalah herba-herba.

Wabak Black Death

Wabak ‘black death’ atau di kenali sebagai ‘The Great Bubonic Plague‘ telah mencipta sejarah pandemik paling teruk.

Black Death

Ianya bermula pada kawasan Asia kemudian merebak ke bahagian Eropah dan Afrika kira-kira pada tahun 1346 hingga 1353, lapor Berita Harian.

Jumlah kematian pandemik ini mencatatkan 200 Juta pada keseluruhan dunia, berpunca dari kutu tikus sahaja.

Bagaimana wabak ini diberhentikan?

Difahamkan wabak ini berhenti dengan cara kuarintin, semakin hari semakin kurang jumlah pesakit.

Bagi yang mahukan cerita lebih lanjut boleh tengok video di sini.

Perkongsian admin buat ini untuk menjadikannya sebagai penambahan ilmu, Jika korang mahukan cerita terperinci tentang black death ini boleh klik link dibawah.

 

Baca: Wabak Black Death : Virus Dari China Yang Pernah Bunuh 200 Juta Orang Pada Kurun Ke 13

Annotation 2020 04 06 144822 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: History

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.