in

Rosmah Kata Mahkamah Berat Sebelah & Buat Pertimbangan Salah

Ft Rosmah Mansor Kata Mahkamah Tak Adil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor  menyifatkan Mahkamah Tinggi berat sebelah dan buat pertimbangan salah sewaktu menjatuhkan sabit dan hukuman penjara 10 tahun serta dengan  RM970 juta terhadapnya atas tiga pertuduhan rasuah.

Katanya, keseluruhan keputusan  Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendapati bahawa dirinya bersalah telah dibuat berpandukan kepada kesimpulan yang tidak tepat, malah ianya bercanggah dengan keterangan-keterangan nyata.


 

Mahkamah Tinggi berat sebelah – Rosmah

Tambahnya, perbicaraan hakim tersalah arah dari sudut fakta dan undang-undang, kerana hakim gagal untuk menilai semua saksi pendakwaan, beliau sifatkan ianya tidak kredibel.

Kata Rosmah, 70, lagi, hakim terbabit ada terkhilaf sebab ambil keterangan daripada 3 orang saksi pendakwaan walaupun menafikan tuduhan yang kononnya minta bantuan mereka melicinkan pemberian kontrak kepada Jepak Holdings serta mempercepatkan pembayaran kontrak.

Ujarnya lagi, 2 daripada saksi itu, Saidi Abang Samsudin (SP17) dan Rayyan Radzwill Abdullah (SP16) telah bercadang untuk beri sumbangan politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, ianya diakui oleh Datuk Rizal Mansor (SP21).

 

Sumbangan politik bukan untuk tujuan peribadi Najib

Memetik laporan Utusan Online, Rosmah berkata, sumbangan politik itu dibuat bertujuan untuk kestabilan dan kepentingan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk hadapi pilihan raya umum, sama sekali bukan untuk peribadi Najib.

Screenshot 2022 10 14 185717

Malah, Rosmah yang juga merupakan perayu menyatakan bahawa tuduhan terbabit langsung tidak munasabah kerana ingin meraih kepentingan sertan bantuan dalam, projek solar hibrid, jadi tidak perlu bersusah payah meminta bantuan mereka kerana boleh meminta terus bantuan suaminya.

“Datuk Seri Najib yang ketika itu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lebih berkuasa meluluskan dan mempercepat bayaran atau apa sahaja mengenai projek solar hibrid.

“Namun hakikatnya, perayu sama sekali tidak berbuat demikian kerana prinsipnya untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran mahupun perolehan kerajaan,” ujar Rosmah dalam petisyen rayuan yang difailkan semalam.

Rosmah Mansor menggariskan 127 alasan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan denda berjumlah RM970 juta atau penjara 30 tahun lagi jika gagal membayar denda bagi ketiga-tiga pertuduhan rasuah.

Baca : “Tak boleh nafi je kena bagi bukti” – Anak Rosmah, Azrene Beri Pendapat Mengenai Kes Rasuah Solar Hibrid?

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.