in

“Rosakkan makanan” – Netizen Luar Negara Terkejut Lihat Hidangan Cheese Leleh Malaysia

Cheesel Leleh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau perasan, banyak makanan sekarang ditambah dengan sos keju atau cheese leleh yang kononnya menambahkan rasa lemak dan cheesy.

Tak dinafikan, cheese leleh ini antara satu nikmat makanan yang menjadi kegilaan dan trend di Malaysia sehinggakan hidangan itu lebih keju berbanding makanan yang lain.


Namun, hidangan cheese leleh ini membuatkan segelintir netizen Malaysia mula berasa muak kerana ia bukan sahaja menjadi makanan yang tidak sihat, malah telah merosakkan sesuatu hidangan itu.

Artikel berkaitan: “Ni apam diabetes…” – Netizen ‘Jijik’ Tengok Video Cara Buat Apam Balik Ni

Artikel berkaitan: “Pantang ‘viral’ confirm beratur” – Keju ‘Leleh’ Kesukaan Ramai Sebenarnya Bahaya Untuk Kesihatan?

Bukan itu sahaja, trend cheese leleh ini turut mengejutkan pengguna media sosial luar negara apabila melihat video yang tular di platform X ini.

Menerusi hantaran pengguna akaun @ClownWorld_, video yang dipercayai berlaku di Malaysia memaparkan situasi pelayan sedang menuangkan cheese leleh di atas hidangan.

https://twitter.com/ClownWorld_/status/1744813618216972725

Dalam hidangan itu, terdapat sebiji burger, beberapa keping nugget, bebola daging, kentang putar, ramen dan ayam goreng Korea.

“Rosakkan makanan”, tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial luar negara mempersoal hidangan itu dengan mengatakan sos keju yang digunakan agak berlebihan. Ada juga yang sempat memerli, ia adalah hidangan ‘serangan jantung’.

Screenshot 2024 01 11 172249 Screenshot 2024 01 11 172312 Screenshot 2024 01 11 172355 Screenshot 2024 01 11 172512

Memetik perkongsian dari Public Health Malaysia, cheese leleh mengandungi banyak perasa tambahan seperti garam dan gula.

Menurutnya, pengambilan sos keju berlebihan tidak sesuai untuk pesakit kencing manis manakala jika individu sihat kerap memakan hidangan seperti ini boleh meningkatkan risiko kencing manis pada masa hadapan.

Sumber: X, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.