in

“Rocker atau beruk?” – Tindakan Meludah Atas Pentas, Awie Sound ‘Attitude’ Noh Salleh?

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan Noh Salleh baru-baru ini ketika membuat persembahan dalam sebuah konsert hujung minggu lalu masih lagi hangat diperkatakan oleh netizen.


Ramai yang mengecam tindakan penyanyi yang telah mencetuskan beberapa kontroversi sejak bercerai dengan isterinya Mizz Nina ini dan ada juga peminat masih mempertahankan perbuatannya itu.

Selain netizen, lagenda rock tanah air Datuk Awie turut memberikan pendapatnya mengenai isu ini. Menurut vokalis kumpulan Wings ini, mempunyai band rock bukanlah tiket untuk bersikap biadap ketika membuat persembahan, lapor Gempak.

Berkenaan isu rockers yang bertindak tidak sopan di atas pentas itu bukan lesen untuk dia carut dan berkelakuan aneh ketika membuat persembahan.

“Rock ini ada kategori-kategorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya. Yang berkelakuan aneh itu rocker atau beruk? Kalau betul rocker, tidak begitu.”

Tambahnya lagi, kebanyakan band di Malaysia adalah orang Melayu, dan sebagai seorang Melayu, kita mempunyai adab yang tinggi.

Rock memang ada attitude g*mpang tapi jangan ambil yang g*mpang.”

Awie turut menasihati semua penyanyi band untuk tetap menjaga adab walaupun rock macam mana sekali dan jangan mulakan sesuatu yang bodoh.

Kalau nak rebel boleh, tetapi melalui penulisan lirik, berkaryalah, luahkan dalam lirik bukannya dengan attitude buruk di atas pentas. Selagi beriman insyaallah kita boleh kawal perkara itu.”

Menjawab dakwaan dan kritikan netizen mengenai insiden ini, pengurusnya sendiri baru-baru ini memberitahu bahawa Noh bertindak sedemikian adalah kerana reaksi spontan penyanyi ini disebabkan terkena renjatan elektrik semasa meletakkan mikrofon di mulutnya.

 

Baca: Isu Noh Meludah, Pengurus Perjelas Punca Rupanya Sebab Terkena Renjatan Elektrik

Noh Hujan Tak Meludah Kena Renjatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.