Minggu lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat serbuan mengejut secara besar-besaran di Jalan Silang, Kuala Lumpur di mana kira-kira 500 warga asing ditahan untuk pemeriksaan.
Difahamkan serbuan dibuat bagi menangani kebanjiran warga asing yang membabitkan warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar yang membuka perniagaan di situ.
Dalam pada itu, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Alpha Zaki menjelaskan bagaimana pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi satu beban kepada kesihatan negara.
Artikel berkaitan: Kecoh! Satu Batalion Polis Serbu Satu Lokasi Di KL, Rupa-rupanya Sebab…
Artikel berkaitan: “Hati dah berdebar” – Doktor Kongsi Pengalaman ‘Deliver’ Bayi Dalam Lori Tepi ‘Highway’
Dakwa doktor terbabit, golongan PATI menggunakan sumber pendapatan negara sehingga membawa masalah kepada unit Hasil dan akhirnya menjadi beban kewangan kepada kesihatan negara.
@alepza11 Selagi tak selesaikan punca, selagi tu tak selesai masalah. #dralphazaki #LearnOnTikTok
Ini berpunca selepas mereka diberi rawatan, mereka tiada wang yang mencukupi untuk membayar bil-bil hospital dan terpaksa discaj mereka kerana duit tidak dapat dituntut disebabkan masalah dokumen tidak lengkap.
“Nak tuntut macam mana? sebab dia tak ada dokumen. Jumlah bil RM9 ribu – RM10 ribu habis macam tu je dibelanjakan untuk seorang PATI. Di situlah beban kewangan.
“Selamatkan nyawa tu free ke? Needle, syringe, ubat, semua tu subsidi. Bukan free, kita yang bayar cukai, pastu nak tanggung PATI? Kalau macam tu pergi unit Hasil, sila bayar mana-mana bil PATI. Haa, kau kan kemanusiaan?” katanya.
Selain itu, Dr Alpha Zaki juga memberi pandangan bahawa penangkapan tempoh hari hanyalah bersifat sementara atau jangka masa pendek sahaja.
Justeru, beliau menyarankan tindakan tegas terhadap pihak majikan atau pihak yang mengeluarkan lesen perniagaan kepada PATI agar isu ini dapat diselesaikan dalam skala besar.
Sumber: TikTok