in

Risau Wajah Nampak Tua Daripada Umur Sebenar? Jauhi 7 Perkara Ini

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tidak senang duduk jika wajah kelihatan tua meskipun usia masih lagi di awal 30-an. Nak berhadapan dengan orang pun boleh rasa malu dan hilang keyakinan diri, apatah lagi jika ada yang memanggil anda dengan panggilan ‘abang’ atau ‘kak’ meskipun mereka lebih muda.


Sebenarnya, wajah yang kelihatan tua ini berpunca daripada kulit yang kusam dan mempunyai kedutan serta garis-garis halus. Untuk itu, anda perlu periksa dan mencari punca-punca yang menyebabkan wajah boleh kelihatan tua.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakkan untuk tidak kelihatan tua:

1) Tidak cukup tidur

Mengantuk Ketika Memandu

Tidur yang cukup boleh membuat wajah anda kelihatan muda dan segar. Menurut pakar, pada waktu malam, sel-sel pada kulit berfungsi untuk membaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang.

Sebagai contoh, terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan atau terdedah kepada pencemaran. Melewatkan tidur akan melambatkan proses ini dan membuatkan kulit kelihatan kusam.

2) Makan gula berlebihan

Makanan yang berkanji dan bergula seperti roti putih, ais krim dan keropok boleh menyebabkan pelbagai masalah pada wajah anda.

Makanan seperti ini meningkatkan paras gula dalam darah, dan boleh menyebabkan keradangan dan merangsang kepada pembiakan jerawat.

3) Menghisap rokok

81490760968 Smokinggeneric

Sebelum anda mula menyalakan api pada hujung rokok, ketahuilah bahawa bukan paru-paru sahaja yang akan mendapat kesan buruk daripada asap rokok, malah kulit juga!

Menurut satu kajian, pengkaji membandingkan 79 wajah yang terdiri daripada individu yang menghisap rokok dan yang sudah berhenti atau tidak menghisap rokok.

Hasil kajian mendapati individu yang menghisap rokok mempunyai kesan gelap pada bawah mata, bibir lebih berkedut dan gelap.

4) Minum alkohol

Ada sebab seseorang individu itu kelihatan teruk pada waktu pagi selepas mengambil terlalu banyak alkohol pada malam sebelumnya.

Hasil kajian mendapati alkohol boleh menurunkan tahan antioksidan dalam kulit. Ini boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan sel pada kulit, sekaligus membuatkan kulit anda kelihatan berkedut.

5) Kurang minum air masak

1507057448 3 Arizona

Dehidrasi bukan sahaja boleh membuatkan anda pening dan mengalami kekejangan otot, malah ia boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih tua daripada yang sepatutnya.

Menurut ketua editor kesihatan dan perubatan, Dr. Richard Besser, apabila seseorang itu mengalami dehidrasi, badan akan menarik air dari tisu dan kulit untuk mengekalkan kepekatan dalam darah.

Kesannya, mata anda akan kelihatan lebih gelap dan kulit akan berasa lebih kering.

6) Stres melampau

Tired Businessman Working On Laptop At Desk Royalty Free Image 875590428 1539271024

Rasanya semua orang sudah tahu bahawa stres adalah punca kepada semua masalah dalam hidup kita, dan salah satunya ialah membuat kita wajah kelihatan tua.

Jangan stres selalu okay!

7) Terdedah kepada pencemaran

Kulit yang terdedah kepada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia boleh menjadi punca kepada penuaan kulit.

Kredit: Men’s Health

BACA: Senaman Yang Paling Sempurna! Ini 5 Kelebihan Plank Yang Ramai Tak Tahu

Xx

Sumber: Sumber
Sumber: Astro Awani
Sumber: Men's Health
Sumber: Men's Health

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.